Tarikh Bergerak : 26 Februari 2010
Tarikh Balik : 27 Februari 2010
Bayaran : RM 40.00 ( T-Shirt & Penginapan )
Minyak : Sendiri isi sebab motor sendiri.
Makan minum : Sendiri juga sebab perut masing.
Bertolak : Tepat jam 8.00 pagi waktu Malaysia
Tempat Berkumpul : Shell Ketari
Meeting konvoi yang pertama telah diadakan di Restauran TMK pagi tadi. Beberpa orang pembuat dasar telah menghadiri meeting tersebut seperti Abe Joe, Zaimi, GG, Ise, Azman dan Syahir. Thank you coz sudi datang.
Dalam perjumpaan tadi telah diambil satu ketetapan bahawa setiap ahli konvoi terpaksa korbankan RM 40.00 tuk bayaran t-shirt dan penginapan. Harap tidak menjadi bebanan kepada para peserta konvoi untuk melunaskan bayaran kepada Abe Joe, Zaimi dan Ise b4 12 hb 2 ni.
Setakat ini terdapat 26 orang ahli telah memberi persetujuan awal untuk turut serta dalam konvoi kali ini, antaranya :
1. Zul ( Abe JOE )- Motor baru TZM pulak dah...
2. Zaimi.- Kriss
3. Azizi @ GG - LC 135
4. Azman
5. Jijol*
6. Jai *- Motor baru LC 135
7. Shah
8. Yazid
9. Atan- RXZ
10. Rozam - LC 135
11. Keyo - motor sponsor lagi katanya
12. Hishamudin
13. Zubir - LC 135
14. Chaun - LC 135
15. Farhan
16. Azrul
17. Deris
18. Sudirman - Juru Foto ( Berkereta )
19. Amir ( Saing Chaun)
20. Ise* - Motor baru GT 128
21. Pokki*- LC135
22. Alakari*- Motor baru GT 128
23. Shahir - Motor lama berwajah baru
24.Zack d Caprio* - LC 135
25. Abe Ajak ( Kepala konvoi )-
26. Mat Yie n wife ( Berkereta )
p/s : * belum pasti 100% dapat join atau tidak.
Sebrang pertanyaan boleh berhubung dengan Abe Joe @ Zaaimi
Sunday, February 7, 2010
1st Meeting
Posted by ochea at Sunday, February 07, 2010 0 comments
Sunday, January 31, 2010
BENTONG - CHERATING - BENTONG

Salam kepada semua ahli CBC , artikel pertama dari admin untuk Tahun 2010. Harapnya ahli-ahli CBC still bersemangat untuk meneruskan aktiviti konvoi kita pada tahun ini.
Selepas konvoi ke Cameron Highland tempohari, semua aktiviti konvoi dibekukan sementara memandangkan ramai ahli yang sibuk dengan tugas masing-masing.
Nampaknya masa begitu pantas berlalu...kalau dulu ke CH menggunakan motor pinjam sekarang dah ada motor sendiri. Dulu layan motor EX 5 sekarang dah up grade sikit dah layan 128 GT. Dulu masih bujang, sekarang dah jadi suami orang. Dulu takde anak sekarang dah dapat baby. Dulu anak sorang sekarang dah tambah sorang lagi. Masa p CH belum ada master sekarang tengah bikin itu master...haha..cepat betul masa berubah.Dulu pakai kereta buatan Malaysia, sekarang tengah tunggu keta buatan Jepun. Nombor pendaftaran dah ada tunggu keta jer lagi...alhamdulillah rezeki masing-masing.
So projek kita yang terbaru ialah konvoi ke CHERATING. Insyaallah akan berkonvoi pada Cuti Maulidur Rasul ( 26. 02. 2010). Kepada ahli yang berminat untuk ikut serta boleh berurusan dengan En. Zul @ En Kuzaimi @ En. Abe Ajak.
Kepada ahli-ahli sila buat persediaan dari sekarang....
Posted by ochea at Sunday, January 31, 2010 0 comments
Monday, November 23, 2009
Honda City
Ada ahli CBC yang akan pakai kereta ini tak lama lagi. Sape? Kita tunggu dan lihat jer lah. Cerita-cerita tentang ada ahli CBC akan pakai kereta ini telah lama tersebar, ampunya diri pun telah mengesahkan dengan admin. So kita tunggulah, untung-untung dapat tumpang pergi beli kasut adidas di Wangsa Maju. Haha...Satu yang belum pasti samada model di atas tu atau yang di bawah ni....
Huh kalu macam ni baru kena gaya dengan DG 44....Posted by ochea at Monday, November 23, 2009 0 comments
Sunday, November 8, 2009
Jang Gomo Klate

Musim Piala Malaysia telah melabuhkan tirainya malam tadi. Final Piala Malaysia kali ini mempertemukan N9 dengan Kelantan. Sebelum sepak mula perlawanan akhir dimulakan, segala tumpuan terarah ke pasukan Kelantan. Segala liputan terarah kepada skuad yang bergelar The Red Warriors ini. Penyokong-penyokong Kelantan di seluruh negara ghairah meraikan pestas final selepas menunggu hampir 40 tahun. Beberapa orang member dari CBC juga tidak sabar-sabar lagi menunggu detik untuk ke Bukit Jalil. Kito akan bahe ruso...itu kata penyokong kijang.
Namun malam tadi cerita di atas padang adalah berbeza sama sekali. Skuad kijang tertekan dengan harapan menggunung yang diletakkan di atas bahu mereka untuk membawa pulang Piala Malaysia ke bumi Kelantan. kehadiran lebih kurang 60 ribu penonton nampaknya menambahkan tekanan ke atas pemain-pemain Kijang, menyebabkan permainan yang dipamerkan di bawah tahap keupayaan sebenarnya. Menang sorak Piala terlepas untuk The Red Wariors....Skuad Kijang di hoben oleh Skuad Rusa dengan jaringan 1-3.
Apapun tahniah kepada kedua-dua pasukan yang berjaya ke perlawanan akhir tahun ini. Kepada rakan-rakan penyokong Skuad Rusa tahniah diucapkan....kepada rakan-rakan penyokong Kijang jangan frust sangat. Takpe tahun depan cuba lagi. satu pesanan penaja....menjejakkan kaki ke final belum tentu boleh menang. So jangan confident sangat lain kali. Kalu dah menang piala baru boleh ketawa besar! Hahaha...den ogang kampung Nabil........Hoben Jang Hoben...
Posted by ochea at Sunday, November 08, 2009 0 comments
Sunday, November 1, 2009
Gomo Kelate Gomo

Tahniah kepada rakan-rakan penyokong The Red Warrior kerana berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir TM Piala Malaysia tahun ini. Kepada Abe Joe, keyo, shah dan lain-lain tu jangan seronok sangat, tumbangkan dulu N9 pas tu baru leh ketawa besar. Kepada penyokong berkecuali anda boleh pilih antara kelantan atau N9 yang nak disokong dalam perlawanan akhir nanti. harus diingatkan Hoben Jana Hoben juga merupakan pasukan yang mempamerkan satu permainan yang menarik dengan benteng yang kebal sepanjang pertandingan ini. Admin tak sokong mana-mana....team negeri dah bungkus awai-awai so sehingga tahun hadapan admin merehatkan diri dari menyokong mana-mana team bolasepak yang ada di alam maya ini. Adapun sokongan tidak berbelah bagi admin tetap kepada PR...haha Adios.
Posted by ochea at Sunday, November 01, 2009 0 comments
Saturday, October 31, 2009
Tahniah
Tahniah diucapkan kepada seorang ahli CBC, CIK KUZAIMI di atas kehadiran cahayamata yang kedua. Semoga kehadiran "muslimah" ini akan menambahkan lagi kecerian dalam rumahtangga beliau. Tahniah dari kami di Cikgu Bikers Club.
Posted by ochea at Saturday, October 31, 2009 0 comments
Sunday, October 25, 2009
Ada Berani.......???

Kuda baru...GT 128. Kalau Abe Joe ngan Zaimi berani jom ah test power dari Tol Bentong samapai Tol Gombak.
Posted by ochea at Sunday, October 25, 2009 0 comments