
Gambar ahli CBC yang telah menamatkan zaman bujangnya." Jangan bergaduh pula dengan biras lepas ni..."
Saturday, October 10, 2009
Bagai Pinang di Belah Dua
Posted by ochea at Saturday, October 10, 2009 0 comments
Wednesday, September 30, 2009
Orang Baru
Tahniah diucapkan kepada seorang ahli CBC yang baru menerima kehadiran cahaya mata sulong. En Zakiyamani a.k.a Pokki telah menjadi seorang ayah pada 29.09.2009. Isteri beliau selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan. Semoga kehadiran cahaya mata ini akan menambahkan lagi kecerian keluarga beliau. Tahniah dari semua ahli CBC....
Gambar menunjukkan Pokki, Isteri dan Qistina Balqis bersama Tengku Puan Pahang yang merupakan penaung TAFF ( Yayasan Fertiliti Tunku Azizah).
Posted by ochea at Wednesday, September 30, 2009 0 comments
Wednesday, September 23, 2009
Selamat Pengantin Baru
Selamat Pengantin Baru diucapakan kepada salah seorang ahli CBC yang akan melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya pada 24. 09.2009 bersamaan 05 Syawal 1430 H.
Kepada Khairul Azhar, kami di CBC mengucapkan Selamat Pengantin baru semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.
Posted by ochea at Wednesday, September 23, 2009 0 comments
Wednesday, September 16, 2009
Syawal Bakal Menjelma
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli CBC. Maaf zahir batin....Kepada yang akan balik beraya di kampung berhati-hati di jalan raya, jangan merempit macam kita pergi konvoi pula. Ingatlah ini bukan nak berkonvoi tapi nak balik sambut raya. Kepada yang untung besar dalam perniagaan yang halal, jangan lupa sedekahkan duit raya kepada kanak-kanak yang datang beraya.
Posted by ochea at Wednesday, September 16, 2009 0 comments
Friday, August 21, 2009
Tuesday, August 18, 2009
Congratulation
Tahniah diucapkan kepada dua orang ahli CBC( En. Khairul Azhar dari SK Lentang dan En Alakari dari SK Sulaiman) yang mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ). Esok 19 Ogos akan berlangsung majlis penyampaian APC kepada mereka-mereka yang terlibat di Dewan Majlis Perbandaran Bentong. Semoga anugerah ini akan menjadi pemangkin untuk lebih cemerlang dalam bidang pendidikan ini.
Posted by ochea at Tuesday, August 18, 2009 0 comments
Kempen Yang Hampeh
Ketua jurulatih sedang memberikan semangat kepada anak-anak buahnya supaya bangkit melawan.
Penyerang utama pasukan Bentong cedera di kepala akibat dipijat oleh pemain lawan
Penjaga gol yang beraksi cemerlang menyelamatkan pintu golnya dari dibolosi penyerang lawan, namun akhirnya tewas juga dengan" kilauan" matahari.

Fisioterapi pasukan sedang mendengar masalah pemain dengan penuh minat
Posted by ochea at Tuesday, August 18, 2009 0 comments
