Friday, August 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mengembaralah ke serata pelusuk dunia untuk melihat keindahan alam ciptaan Tuhan.
ENCIK ZULKIFLI AWANG
Nama manja dia Zul. Asal Kelantan. Rajin bercakap. Mudah mesra. Dia la paling banyak bagi motivasi dan memulihkan semangat masa Alakari eksiden.
Ngajar di SMK Kuala Repas. Oleh kerana motor dia paling besar, maka dia dilantik sebagai marshall. Masa konvoi dia duduk saf belakang sekali.
Motor dia Yamaha TZM CAV 8267.
Trip kali ni Zul tak pakai TZM lagi, dah lego motor tu sakit pinggang katanya naik TZM. So kali ini dia tangkap motor Shogun RR CCJ 3135. Baru lagi tu tak sampai 1000 km lagi perjalananya.
ENCIK KHAIRUL AZHAR ABDUL LATIF
Masih muda belia. Lahir 1983. Belum kawin lagi. Asal kelantan. Cita-cita nak jadi speaker DUN Kelantan. Tapi kalau tak dapat, jadi speaker Dewan Rakyatpun jadilah.
Ngajar di sekolah gunung, SK Lentang. Sekolah tepi hiway. Dari mula konvoi sampai khatam, kerja dia tersenyum aje. Senyum dia memang manis. Tapi tak tau ngapa sampai sekarang belum kawin. Agaknya lepas ni dia kena masam pula. Mungkin kaedah itu boleh memikat.
Dia pakai motor jenis Lexus Lucky Sport (tak tau la brand mana...) no CCF5173.
Trip kali ini keyo dapat sponsor baru pula, dia guna motor Lagenda 110 ZR. tak tahu la sape yang sponsor motor bernombor pendaftaran BKA 49 ni. Untung la demo boh, tiap kali konvoi motor baru.
ENCIK CIK KU ZAIMI CHE WAN TAIB
Zaimi ni cakap macam orang Terengganu. Tapi isteri dia cakap, dia orang Kuantan. Baru2 ni dia kena chicken pop. dua minggu tak gi ngajar. Walaupun baru lega, namun semangat yang kuat, dia tetap turun padang bersama rakan-rakan.
Isteri dia ustazah sekolah kami (SKS). Dia pula ngajar di SMK Lurah Bilut.
Semangat patriotiknya menyebabkan dia bawa motor nasional, Kriss CCF5773.
Masih setia dengan Kriss cuma ada sedikit penambahan box di belakang motor.
AHLI BARU.
USTAZ NAZARI BIN MANSOR.
Ustaz di SKS...macam Afiq juga masih solo. Bukan dia tak nak kat orang tapi orang yang tak nak kat dia. Rugi la sape yang tak nak kat dia ni, tak lama lagi bakal bergelar jutawan ni. Sekarang tengah ligat buat bisnes HPA, sebelah Jambu Rias semua dah jadi ahli khabonya.
Menggunakan motosikal Honda EX5 NBW 2907. Bukan motor sendiri tapi motor abang ipar katanya. Takpe bro pas ni dah dapat bonus HPA boleh tangkap Yamaha LC satu. baru kemas!!
EN.ZAKIYAMANI BIN RASLI.
Setiausaha Sukan di SKS....Jadi orang bujang sekarang ni sebab tu boleh ikut konvoi. Isteri hantar berehat kat kampung coz sedang berbadan dua. Tahniah bro, harap-harap tidak ada masalah.
Zaki menggunakan motosikal buatan tempatan Kriss DAH 9403. Motor dia laju gila,sepanjang perjalanan dia antara terkehadapan. Tapi setiap kali berhenti kena tambah minyak hitam, tak tahu le kenapa tanyalah dia sendiri.
EN.MOHAMMAD IDRIS BIN ABDUL KARIM
Juruteknik IT di SMK LURAH BILUT. Menunggang motosikal Yamaha SS bernombor BFD 1904. Motor baru obohol katanya , patut la asap keluar semacam jer.
EN. FAISOL
Juru Teknik komputer di SMK Bentong. Masih solo, asai Penang mai..Kalau ada masalah komputer boleh la minta bantuan dengan dia.
EN. ZUBIR
Guru di SK Janda Baik. Masih belum berpunya, rupa ada, motor ada. Tunggu ape lagi yob....
EN.WAN NAZRI
EN.SHAH
EN.NAZIMI
EN.ZAILANI
PN.INA
0 comments:
Post a Comment