
Dua hari sebelum bergerak kami mengadakan satu lagi perjumpaan, kali ini di TMK Restauran. Malam ini hampir kesemua peserta konvoi menghadirkan diri. Zul memberitahu bilangan peserta konvoi ada 25 orang. Fuh dah okey dah tu jika nak dibandingkan dengan yang pertama dulu, 9 orang jer....
Pagi 08 Mac 2009.
Semua peserta konvoi berkumpul ditempat yang dijanjikan iaitu Stesen Petronas Batu 1. Kami dimaklumkan akan bergerak ke destinasi yang pertama iaitu IPTAA K.Lipis tepat jam 7.30 pagi. Tapi macam biasa lah janji tinggal janji 7.30 pagi ada lagi kawan-kawan yang belum sampai. Zubir antara orang yang terawal sampai bersama Syahir. Akhirnya kami bergerak tepat jam
09.00 am waktu malaysia, kami tiba di Stesen Petronas Benta setelah menempuh perjalanan yang memakan masa lebih kurang lima puluh minit. Temujanji dengan peserta konvoi dari IPTAA di sini.
Peserta konvoi mengisi minyak motor masing-masing, ada yang melepaskan hajat yang lama terpendam, ada yang membelek-belek tayar motosikal masing-masing.
10.30 am......IPTAA kami datang untuk mengisi perut yang lapar....mana makan apa-apa lagi dari pagi tadi.




En. Nazri sedang menceritakan perihal motornya yang rosak dan tersadai di depan pintu masuk IPTAA." Nate sungguh...hari ni puloknya rosak...."
Dah habis makan, kita orang pun bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan. Oleh kerana ada komitmen lain group dari IPTAA hanya akan berkonvoi hingga ke Jerantut sahaja. Sebelum tu bergambar dulu dengan motor-motor besar.

Fuh masing-masing bergaya di atas motor besar. Dalam hati masing-masing berkata "Kalau la motor ni motor aku sure ramai makwe yang nak bonceng kat belakang ni."

11.00 pagi rombongan konvoi seramai 25 orang bergerak menuju ke Kuala Tahan. Pergerakkan motosikal didahului diketuai oleh En. Nazri dan En. Din, lecturer dari IPTAA.
12.30 tengahari kami tiba di Bandar Jerantut. semua pemilik motor kapcai dah menunjukkan isyarat untuk mengisi minyak. Kebanyakkan motor sudah hampir kehabisan minyak. So kami semua sepakat untuk mengisi minyak di Shell bandar Jerantut.
Tepat jam 1.15 tengahari kami meneruskan perjalanan ke Tman Negara. Kali ini rombongan

Setelah puas bermotosikal dengan aksi-aksi spontan untuk menghilangkan lenguh ( ada yang berdiri, melentur ke kiri kanan, menggoyangkan kaki, melunjurkan kaki) akhirnya kami tiba di Taman negara pada jam 2.30 petang. Semua peserta konvoi dah selamat sampai kecuali kepala konvoi dan marshal yang belum tiba.
Selepas meletakkan motosikal masing-masing di tempat yang sepatutnya kami semua cheak-in di Liana Hostel.Berapa bintang? Takde bintangnya namanya pun hostel haha....Hostel ni bayarannya rm 10/seorang, so kami diberi 5 bilik untuk 17 orang. satu bilik memuatkan 4 orang, masing-masing memilih bilik dan menyimpan barangan peribadi. Setelah 15 minit berehat, kelibat Abe Ajak dan Jai belum muncul lagi. Zul dah mula hairan.."mano Ajak ngan Jai ni tak sapa-sapa lagi?" Zul, Zaki dan Zaimi mengambil keputusan untuk keluar menjejaki kelewatan kepala konvoi, sepatutnya dah sampai bersama-sama. Setelah puas membuat andaian,samada Abe Ajak sesat atau eksiden, muncullah Abe Ajak dan Jai, rupa-rupanya kemalangan telah berlaku terhadap Jai, dia telah terbabas ke dalam longkang ketika mengambil satu selekoh. Nasib baik tiada kecederaan serius yang berlaku, semuanya selamat tuan motor juga motornya.Patut lah lambat rupa-rupanya marshal yang tergolek. Nampaknya setiap kali berkonvoi ada peserta yang yang mengalami kemalangan, trip yang pertama dulu Alakari tergolek semasa mendaki Bkt Fraser kali ini giliran Jai pula.
Berita tak berapa sedap didengar dari tuan punya Liana hostel,"maaflah air breakdownlah....lewat sikitlah air sampai, seluruh kampung tak ada air sekarang ni." Alamak takde air la pula aduh macam mana ni, rasa nak buang air sejak dari tadi terpaksa ditahan. Solat zohor pun belum lagi ni, akhirnya bagi menyelesaikan masalah air di hostel kami, kami terpaksa ke hostel sebelah untuk melepaskan hajat dan mengambil air sembahyang.Alhamdulillah....
Selesai solat dan makan kami semua bersedia untuk aktiviti pertama petang ini. Semua orang dah tak sabar lagi nak menyusuri Sg Pahang dengan menaiki bot. kak Ina bagitau kami akan bertolak tepat jam 5 petang, so apa lagi lets go....Tambang bot untuk menyusuri sungai sambil bermain jeram ini rm 18 seorang. Macam mahal tapi berbaloi bro dengan pengalaman dan keseronokkan yang diperolehi dari aktiviti ini.Bilangan kami seramai 18 orang menyebabkan kami terpaksa menyewa 2 buah bot.Jom kita layan beberapa keping gambar yang sempat diambil ketika menyusuri Sg pahang ini.

Sekarang ngkorang senyumlah puas-puas sebab yang akan tiba dulu ke destinasi adalah kita orang. Memang satu pengalaman yang menyeronokkan menaiki bot menyusuri sungai sambil melawan arus. Jurumudi bot memang berpengalaman penuh dalam mengemudi bot.


Bila menyusuri jeram atau berselisih dengan bot yang lain, maka percikkan air akan memasuki bot. Adik yang kat belakang tulah yang jadi tukang cedok air keluar dari bot. Sian dia tak habis-habis air yang dicedoknya

Aktiviti mandi manda di Sg Tahan. Ngkorang ni seronok mandi ke seronok tengok apa? Memang best mandi kat sini....Ajak sampai dah tak daya lagi nak bangun kerana kesejukkan.Lain kali kita datang lagi.......


Jom balik hari dah lewat petang, malam ni kita ada aktiviti night walk pula. Kita nak tengok binatang yang keluar cari makanan pada waktu malam.

Bersiap sedia untuk balik ke pengkalan. Pakai jaket keselamatan tu Syahir nanti kalau bot terbalik sape nak selamatkan ngko?

Abe Ajak dan zubir menolak bot ke dalam air untuk bergerak pulang setelah puas mandi manda dan bermain air.
Perjalanan balik semua orang atas bot diam jer mungkin penat mandi agaknya. juru mudi memberikan pesanan agar kami semua tidak bermain air ketika berada di kawasan jeram kerana dibimbangi bot tidak dapat dikawal kerana menyusuri arus yang kuat. Kami semua berdoa agar semuanya selamat.

Malam 08 mac 7.45pm.
Setelah selesai solat maghrib di dalam bilik masing-masing, kami semua bersiap untuk makan malam di Lia Restauran.


Pukul 9.30pm selepas melihat sedikit sebanyak latar belakang Taman Negara melalui slid show yang dipamerkan kami semua bergerak untuk aktiviti Night Walk. Kak Ina menjadi juru pandu kami so tak payah bayar la untuk aktiviti ini. Terima kasih banyak-banyak kalu tidak paling kurang pun sepuluh ringgit sorang kena kuar ni.
Antara tempat-tempat yang boleh dilawati di Taman Negara. Kalau datang seminggu boleh la pergi ke semua tempat ni.

Sabar menanti kehadiran rusa yang keluar mencari makanan selepas hujan. Semua orang tidak sabar untuk melihat rusa,kalau bernasib baik Harimau pun keluar bro.
Inilah aktiviti terakhir untuk malam ni, semua peserta konvoi merasa gembira kerana bernasib baik dapat melihat dengan mata kepala sendiri sekumpulan rusa keluar untuk minum air. Weh besonya ruso.....Kalu kawe tembak agaknya kena tak? Tanya Zul. Bukan rusa tu yang kena Zul tapi demo tu yang kena, kena masuk jil!
Selesai aktiviti night walk kita orang semua ngeteh dulu di Liyana Restauran hilangkan dahaga. Tadi dah tengok binatang pas tu time nak balik tu sesat-sesat lagi. Woi sape yang jadi juru pandu ni? Nape leh sesat ngko layan Achik ke jadi jurupandu?
Habis ngeteh sambil melihat datuk Lee Chong Wei diperkotakkatikan Lin Dan dalam Final All England semua pakat balik ke bilik masing-masing. Semuanya leka dengan urusan peribadi masing-masing. Ada yang mandi, solat isyak, cuci pakaian , telefon bini dan lain-lain lagi. Terdapat sekumpulan ahli konvoi bersantai dianjung hostel sambil bercerita dan berteka teki. Ada setengahnya sudah hanyut dibuai mimpi indah mandi manda di Sg Tahan sambil bergambar kenangan. Geng cerita masih lagi berhikayat sambil diiringi ketawa yang memecahkan keheningan malam,...semakin lama gelak tawa semakin berkurangan dan seterusnya lenyap digantikan dengan dengkoran yang jelas kedengaran dari Bilik No1.Aduh tak boleh tido bro.........zzzzzzzzzz........zzzzzzzz.......zzzzz......
09 mac 6.15 am.
Ada yang dah bangun untuk menunaikan kewajipan kepada Allah SWT, ada yang masih lagi lena diulit intan. Air di pancuran terasa begitu sejuk, menggigil dibuatnya. Seoarng demi seoarang bangun menuju ke bilik mandi untuk mandi atau berwuduk. Hari ni kami akan bergerak keluar dari Kuala Tahan sekitar jam 10.00 am.Ada member mencadangkan supaya bersarapan sahaja di Bandar Jerantut tetapi memikirkan perjalanan yang agak jauh ramai yang bersetuju agar
9.30am semua bersedia untuk meninggalkan Liyana Hostel, barang dah dikemas, bayaran dah dibuat jadi apa lagi masing-masing memanaskan enjin motosikal. Kepala konvoi sudah tidak


Takpo Yo gambar biras pun ada jugak. Takkan biras takleh cover line kot....
Bergambar beramai-ramai sebelum berpisah di Tol Karak. selepas ini masing-masing bergerak menuju ke destinasi masing-masing. Yang dah berumah tangga akan pulang menemui isteri dan anak-anak, yang masih bujang akan pulang bersama kenangan dan pengalaman masing-masing.