CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Thursday, November 18, 2010

SARAPAN PAGI


Beberapa orang ahli CBC telah menyertai aktiviti tetap setiap bulan iaitu bersarapan pagi di Gombak dengan menaiki motosikal. Ini merupakan aktiviti tetap bagi beberapa orang kuat CBC. Ahli2 CBC yang lain yang berminat untuk menyertainya lain kali, diminta memaklumkan kepada En. Kuzaimi... Di sini beberapa keping foto yang sempat dirakamkan sepanjang aktiviti ini...


Berkumpul di stesen Shell Ketari. Jai nak join juga tapi dia naik basikal...
Zaimi cakap " ngko gi dulu sampai tol Gombak, pas tu kita orang gerak dari sini..."



Ni nasi sape ? Ni sarapan ke makan tengahari ? Siap kaki ayam lagi tu...

Abang Zack makan nasi dagang bersama air kopi O...
Kat Bentong pun ada kalau menu macam ni, tak payah sampai Gombak..

Licin nampak pinggan tu...tersandar kekenyangan. Puas hati Abg Zack.

Baru Habis RM 20.00 hinggit kata GG...ada lagi RM 880.00 hinggit.
Duit untung jadi photografer...

Inilah gerai tempat geng CBC selalu datang bekfast setiap ujung bulan after dapat gaji...
Apa istimewanya gerai ni? Banyak keistimewaannya...nak tahu datang la cuba.

Mak cik tauke gerai...senyum memanjang coz ramai pelanggan pagi ni..

Menu geng CBC pagi ni..

Gambar semasa balik dari KL..merempit di jalan lama Bentong -Kuala Lumpur

Sempat lagi membuat pemeriksaan kesihatan di Tmn Tasik Titiwangsa, anjuran DBKL sempena dengan Karnival Tabika Perpaduan Wilayah Persekutuan. GG tak berpuas hati dengan makcik tu sebab kata dia boroi...haha dema kena kurangkan lemak dalam badan Gi...

Kertas bukti pemeriksaan kesihatan yang menimbulkan ketidakpuasan hati GG.

Aktiviti CBC akan bersambung selepas cuti persekolahan bagi sesi 2010. Semua aktiviti CBC dibekukan sepanjang cuti persekolahan ini. Perancangan untuk tahun 2011 sedang dirancangkan.Harap maklum...

Sunday, November 7, 2010

Gambar Berbicara



Beberapa keping foto menarik yang sempat dirakamkan sepanjang berada di Cameron Highland.



Layan blues tengah panas.

Yang ni ikut motor sape tak tau la...

Ketua konvoi bersiap sedia untuk menjalankan perintah Allah

Tong minyak spare salah seorang peserta konvoi..sediakan payung sebelum hujan.
Kalau habis minyak tengah jalan mana nak cari stesen minyak. Umah orang asli banyak la sepanjang jalan


Sarung tangan yang digunakan oleh salah seorang peserta konvoi. Tapi gua rasa sarung tangan ni sesuai untuk dipakai sewaktu bekerja membina rumah batu.
Tapi bila ditanya jawapannya sarung tangan ni banyak kegunaan, nak pakai time jadi keeper pun boleh juga. Haha lu pikir lah sendiri.



GG menunjukkan tanda bagus dan berpuas hati dengan perjalanan konvoi pada kali ini. Almaklumlah duit tak berterabur atas highway dah..

Serius jer Pokki mendengar cadangan Abe Ajak supaya selepas ni CBC berkonvoi ke PD pila. Boleh jer tapi sebelum tu gaji nanti kita persarapan di Gombak dulu.

Serius jer Cak Un ngan Abe Jid kita

Abg zack macam biasa tak lekang ngan handphone dia. maklumlah orang kuat DBP.
Tengah konvoi pun orang panggil meeting lagi. Haha


Peserta baru- Boy berpuas hati sangat nampaknya walaupun takde baju rasmi.
Jai macam biasa sengeh jerlah..Motor okey ye Jai ?



Jejaka perasan bijak.





Ladang Teh Boh...dulu dah mai sini tapi tak sempat minum. So kali ni pakat minum ramai2 biarlah harga secawan RM 4 pun. janji fresh....


Bergambar kenangan di Dataran Tanah Rata sebelum berangkat pulang.

Friday, November 5, 2010

Bentong- Cameron Highland.

Salam 2All...

Pagi ni para peserta konvoi terdiri daripada Ahli Majlis Tertinggi hinggalah ke Ahli Bersekutu ataupun Kelab Penyokong CBC telah bergerak ke Cameron Highland. Perjalanan kali ini disertai oleh 18 orang berserta yang bertolak dari Bentong kira-kira jam 8.3 pagi tadi.

Semoga perjalanan kali ini dilindungi oleh Allah Taala.......
Beberapa keping foto yang sempat dirakamkan sebelum bertolak pagi tadi.

Perjalanan kali ini diketuai oleh Abe Ajak, dibantu oleh Jijo sebagai Marshal dan Ustaz Nazari sebagai Biro Agama.


Tempat berkumpul sebelum memulakan perjalan ke Cameron Highland yang memakan masa lebih kurang 2 jam perjalanan. ( Stesen Petronas Jalan Teras)



Bacaan doa oleh Ustaz Nazari.....semoga Allah mempermudahkan perjalanan.
Ya Allah...lindungilah kami dari mara bahaya, lindungilah kenderaan kami dari sebarang kerosakan. Semoga kami akan selamat pergi dan selamat kembali.


Semuanya tidak sabar untuk memulakan perjalanan. Pokki bertindak sebagai Makenik bersama Cak Un.

Monday, October 25, 2010

KONVOI DEEPAVALI

Pengumuman Rasmi :


Ahli kelab CBC akan berkonvoi ke Cameron Highland sempena dengan cuti perayaan Deepavali ini. Tarikh bertolak ialah pada 5 hb 11 dan berangkat pulang keesokkan harinya 6 hb 11. Perjalanan akan bermula di Dataran Padang Tras melalui Bandar Raub, Felda Sg Koyan, Betau dan seterusnya ke Ringlet, Tanah Rata dan bermalam di Brincang,CH.

Setakat hari ini, jumlah peserta atau ahli yang menyatakan persetujuan untuk bersama-sama menyertai konvoi ini ialah seramai 21 orang. Para peserta terdiri dari ahli-ahli tetap CBC dan juga ahli bersekutu ( peserta yang baru pertama kali menyertai konvoi CBC ).

CBC maju setapak ke hadapan apabila bersetuju untuk menggunakan baju rasmi bagi setiap kali konvoi ataupun perjumpaan2 di kalangan ahli. Baju rasmi berwarna biru putih akan diagihkan kepada semua ahli CBC dan peserta konvoi beberapa hari sebelum bertolak ke CH. Semua ahli tetap WAJIB memakai baju ini, manakala ahli bersekutu yang tidak mempunyai baju kelab boleh memakai baju mengikut citarasa masing-masing.

Semua ahli konvoi akan bermalam untuk melepaskan penat di Zul Densiko Apartment yang terletak berhampiran tapak Pasar Malam Brincang. Aktiviti sepanjang berada di Ch akan dibincangkan kemudian.

Untuk konvoi kali ini, setiap peserta dikehendaki membayar RM 50.00 seorang untuk bayaran penginapan dan juga baju rasmi kelab. Baju Rasmi berharga RM 30.00 dan penginapan RM 15.00 seorang. Bakinya untuk bayaran minyak motor.

Diharapkan semua peserta konvoi telah bersiap sedia untuk berkonvoi. Sila pastikan motor masing-masing dalam keadaan yang baik dari segi tayarnya, minyak pelincirnya dan sebagainya. Kepada ahli kelab yang tidak dapat menyertai konvoi kali ini jangan bersedih kerana pada tahun hadapan insyallah satu konvoi MEGA akan dianjurkan oleh pihak CBC.
Berhati-hati semasa memandu, ikut arahan ketua konvoi dan marshall dan jaga keselamatan masing-masing.Peserta yang tidak mengikut arahan dan menimbulkan masalah akan dikenakan tindakan disiplin.

Selamat Berkonvoi kepada semua ahli kelab CBC.


* Sebarang pertanyaan sila hubungi :
En. Cik Ku Zaimi.
En. Idris.
En. Alhisyam.

Friday, March 12, 2010

CBC Masuk SINAR


Gambar kat Shell Ketari.Kredit tuk CKZaimi....
Terima kasih kepada Zaimi atas usaha yang dilakukan sehingga berita tentang CBC terpapar di akhbar Sinar Harian. Kepada rakan-rakan yang takde dalam gambar minta mahap banyak2...

Tuesday, March 2, 2010

BAHASA LENSOR KONVOI MAULIDUR RASUL


Mungkin secara kebetulan atau suratan, geng CBC telah berkonvoi ke Cherating pada tanggal 12 rabiulawal 1431 H baru ni. Genap setahun selepas konvoi perdana ke Taman Negara, Jerantut juga pada 12 Rabiulawwal. Idea untuk berkonvoi ke Cherating ini timbul semasa beberapa orang member CBC bermotosikal ke KL untuk bersarapan pagi. Sambil menikmati minuman tengahari, terpancul keluar idea untuk berkonvoi ke Cherating dari mulut Zaimi. Beberapa orang lagi rakan segera bersetuju dengan idea tersebut.
Pagi 12 Rabiulawal 1431 H, semua peserta konvoi berkumpul di Stesen Shell Ketari. Masa yang ditetapkan untuk semua peserta berkumpul di sini ialah tepat jam 7.30 pagi. Namun macam biasa ada juga peserta yang gagal untuk mematuhi arahan tersebut. Stesen Shell Ketari menjadi saksi kepada segerombolan manusia dengan motorsikal masing-masing bersiap sedia untuk bergerak merentasi laluan lebih kurang 250 km.

Sempena dengan ulang tahun kelahiran junjungan besar Nabi Muhamad SAW, maka sebelum bergerak peserta-peserta konvoi dengan penuh semangat berselawat ke atas Nabi muhamad SAW. Alhamdulillah...masih utuh lagi ingatan peserta-peserta konvoi kepada Rasulullah saw. Selawat ini diketui oleh Ustaz Hisyam dari SK Sulaiman.
Doa memulakan perjalanan pula diketuai oleh Ustaz Suhaimi dari SK Lurah Bilut.
Tepat jam 8.30 pagi, peserta konvoi mula bergerak meninggalkan Stesen Minyak Shell Ketari menuju ke hentian pertama di Karak.
di Karak peserta konvoi bersarapan pagi di Kedai Kopi Sobri, macam-macam ada kat sini. Bekas ketua jabatan aku cakap, roti canai dia paling sedap kat Bentong ni. Tak tau la sungguh ke tak, korang cuba la sendiri. Ada member makan sampai sakit perut. Kredit untuk ustaz idil yang pada mulanya bercadang untuk turut serta namun terpaksa menarik diri atas sebab yang tak dapat dielakkan, datang bersarapan pagi bersama.

Peserta konvoi meneruskan perjalanan tepat jam 930 pagi menuju ke destinasi seterusnya iaitu Stesen Petronas R & R Temerloh. Dari Karak terus menyusuri jalan kampung menuju ke Lanchang. Suasana dingin menyelubungi perjalanan bertemankan kehijauan bukit dan kampung menuju ke Lanchang. Sampai di persimpangan Lanchang kami semua membelok motosikal menuju ke highway LPT. Kami akan menggunakan laluan Lebuhraya Pantai Timur untuk ke Cherating. Peserta konvoi seramai 27 orang bergerak dalam kelajuan 110 km sejam di laluan landai LPT. Setelah melalui perjalanan yang tenang hampir 50 minit, group CBC ni sampai di Stesen Shell R & R Temerloh untuk mengisi minyak kali pertama dan melepaskan hajat yang memberontak minta dilepaskan segera.
Di sini terdapat ramai lagi bikers yang berkonvoi, tapi bezanya dorang dengan CBC umpama langat dan bumi. Kami cuma menggunakan motosikal berkuasa 135cc ke bawah tetapi mereka menggunakan motosikal berkuasa kuda. Haha....Kami cuma ada 1 ERN dan 1 Vulcan yang bertindak sebagai marshall. Selepas mengisi minyak kami pun meneruskan perjalanan, hentian seterusnya untuk mengisi minyak ialah R & R Gambang. Hehe...terpaksa berhenti isi minyak banyak kali geng coz tangki motor kapcai kecik-kecik jer. Peserta konvoi terbahagi kepada 3 kumpulan semasa bergerak menuju ke Gambang. Cuaca yang semakin membahang menyebabkan orang hadapan memecut motorsikal jauh meninggalkan orang di belakang. Abe Ajak, Kari, Pokki dan Ise tertinggal di belakang. Kereta Diman ( juru gambar) berada di tengah bersama dengan group Abe Joe, Syahir, Yoyo, Ustaz dan Zubir. Tiba di KM 178, tetiba motorsikal Yoyo terasa berat, rupa-rupanya tayar belakang motosikal yamaha Lagenda tersebut bocor.
Aduh masalah ni, tiub spare dan alatan untuk membuka tayar semua ada tapi pum dah terlepas ke depan. Kereta Achik berada bersama dengan kelompok hadapan geng konvoi. Abe Joe sebagai ketua konvoi begitu prihatin dengan masalah anak buahnya. Beliau telah menahan sebuah lori yang kebetulan lalu di situ. Namun..." nate sungguh,nya tak beghenti kita tahe." abe Joe melepaskan geram. Panas makin membahang, bayang-bayang teduh langsung tidak kelihatan. Di langit tiada awan tebal yang berarak....Akhirnya keputusan diambil untuk menukur tiub motor Yoyo di Sri Jaya.Semangat setiakawan dan semangat tolong menolong terpancar ketika ini. Kari, Abe Ajak dan yoyo ke Sri Jaya yamh tinggal di tepi highway di bawah panas terik mentari hanya Abe Joe, Syahir, Afiq, Ise, Zubir dan Ustaz Suhaimi. Khabarnya mereka mendaki bukit untuk mencari bayang berteduh. Lebih kurang sejam menunggu akhirnya masalah motor Yoyo settle....Gerak....
Kawan-kawan yang lain sedang menunggu di R & R Gambang .Jam menunjukkan pukul 1.15 bila Abe Joe dan rakan-rakan tiba di R&R Gambang. Memandangkan perut masing-masing telah berkeroncong maka kami mengambil keputusan untuk makan tengahari di situ sahaja. Selepas makan peserta konvoi bergerak menuju ke Mercu Beach Resort tempat penginapan kami yang telah ditempah oleh Abe Joe. Katanya tempat ini best sangat,macam-macam ada kat sini. Panas mentari semakin membahang, kepanasannya terasa menggigit kulit kami. semakin dekat dengan destinasi, angin laut bertiup kencang. Peserta konvoi bergerak dalam barisan panjang dengan diketuai oleh Abe Joe yang berbangga dengan jentera TZM nya. Motor lama tapi baru beli, dia memang peminat fanatik TZM.
Kami tiba di Mercu Beach Resort tepat jam 3.10 petang, fuh lama juga perjalanan kami pada hari ini. Masing-masing ke kaunter pendaftaran untuk mendapatkan kunci. Urusan menempah bilik telah diuruskan oleh Abe Joe so takde masalah. Abe Joe menempah 6 bilik untuk 25 orang peserta.
Aktiviti kami pada petang ini adalah aktiviti bebas, so boleh buat hal masing-masing. Ramai kawan-kawan yang tak sabar-sabar lagi untuk berendam di kolam, beradu kekuatan dan kemahiran di gelanggang bolasepak pantai dan berenang di lautan yang membiru. Ada juga kawan-kawan yang tidak sabar untuk melelapkan mata melepaskan penat setelah mengharungi perjalanan yang panjang tadi.
Setelah semua hajat di atas telah tercapai, aktiviti sebelah petang pula ialah ngeteh sambil pekena keropok lekor. Fuh bestnya...
Menjelang senja semua peserta konvoi berehat di pantai sambil bermain layang-layang, merakam gambar kenangan dan ada juga yang bernostalgia dengan kenangan silam. Haha tulis nama atas pasir....
Abe Joe terpaksa pulang ke Bentong kerana beliau mempunyai tugasan pada keesokkan hari. So apa yang pasti malam ini akan sepi tanpa suara gurauan Abe Joe. Dengan perasaan sedih Abe Joe menghidupkan enjin TZM nya untuk meningggalkan Mercu Beach Resort. Abe Joe sedih tapi ada yang gembira kerana tidak perlu mencari alasan pada malam itu.
Malam selepas seusai solat, masing-masing keluar mencari tempat untuk mengisi perut...ada yang dimurahkan rezeki oleh Allah SWT kerana dipelawa untuk makan bersama dengan saudara seislam yang baru dikenali. Maka selamatlah sedikit bujet untuk malam itu. Tengah malam, dengan suhu yang panas walaupun aircon telah dihidupkan, gangguan nyamuk di hujung kaki dan bunyi dengkoran rakan sebelah yang mengalahkan kereta F1 Team 1Malaysia menyebabkan ramai yang tidak boleh melelapkan mata.

Pagi 27 Februari, selepas solat subuh kelihatan beberapa orang rakan sedang mundar mandir di tepi pantai sambil merakamkan detik-detik munculnya mentari pagi Subhanallah...terpancar kebesaran Allah..detik-detik ajaib itu dirakamkan oleh jurugambar profesional kami En. Sudirman. Bukan Sudirman Hj Arshad tu....
Selepas sarapan pagi semua ahli konvoi turun ke pantai untuk beriadah dengan bermain bolasepak pantai dan bolatampar pantai. Penat bermain , kami melepaskan lelah di lautan dan kolam renang Mercu Beach Resort. Selesai aktiviti pagi, kami semua berkemas untuk bergerak pulang ke Bentong.
Mercu Beach resort kami tinggalkan tepat jam 11 pagi. Ada rakan-rakan yang dah jatuhcinta dengan keindahan, kedamaian dan keseronokkan di sini menyatakan hasrat untuk datang semula bersama keluarga.
Perjalanan pulang ke Bentong melalui jalan lama tidak lagi menggunakan laluan LPT, singgah sebentar untuk membeli keropok di Jaya Gading. selepas itu meneruskan perjalanan ke Gambang, Sri Jaya, dan Maran. Di sini kami berhenti makan tengahari dan solat. Perjalanan teratur dengan barisan panjang motosikal dikawal oleh marshall yang begitu komited menyebabkan laluan menjadi tidak sesukar yang dijangka.
Peserta konvoi bergerak dalam satu barisan panjang menuju ke destinasi. Kami berhenti mengisi minyak di Petronas Mentakab dan seterusnya berhenti di Petronas Karak. Kami berpisah di sini, kerana ada yang akan pulang ke Bilut melalui sertik, ada yang akan terus ke janda Baik, ada berhenti setakat Taman Hijau karak sahaja.
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana memudahkan perjalanan kami semua sepanjang konvoi ini. Kepada yang tewas di perjalanan jangan putus asa..
Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang telah menunjukkan disiplin yang tinggi semasa berada di jalanan mahupun di tempat-tempat yang di singgahi. Walaupun ada beberapa kelemahan namun ianya akan dibaiki. Dan ketua konvoi berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan rakan-rakan semua.
Sekian sehingga berjumpa lagi di konvoi yang akan datang...

Catatan Oleh,
SU CBC
Bentong, Pahang.
26 dan 27 Februari 2010.