CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Monday, October 25, 2010

KONVOI DEEPAVALI

Pengumuman Rasmi :


Ahli kelab CBC akan berkonvoi ke Cameron Highland sempena dengan cuti perayaan Deepavali ini. Tarikh bertolak ialah pada 5 hb 11 dan berangkat pulang keesokkan harinya 6 hb 11. Perjalanan akan bermula di Dataran Padang Tras melalui Bandar Raub, Felda Sg Koyan, Betau dan seterusnya ke Ringlet, Tanah Rata dan bermalam di Brincang,CH.

Setakat hari ini, jumlah peserta atau ahli yang menyatakan persetujuan untuk bersama-sama menyertai konvoi ini ialah seramai 21 orang. Para peserta terdiri dari ahli-ahli tetap CBC dan juga ahli bersekutu ( peserta yang baru pertama kali menyertai konvoi CBC ).

CBC maju setapak ke hadapan apabila bersetuju untuk menggunakan baju rasmi bagi setiap kali konvoi ataupun perjumpaan2 di kalangan ahli. Baju rasmi berwarna biru putih akan diagihkan kepada semua ahli CBC dan peserta konvoi beberapa hari sebelum bertolak ke CH. Semua ahli tetap WAJIB memakai baju ini, manakala ahli bersekutu yang tidak mempunyai baju kelab boleh memakai baju mengikut citarasa masing-masing.

Semua ahli konvoi akan bermalam untuk melepaskan penat di Zul Densiko Apartment yang terletak berhampiran tapak Pasar Malam Brincang. Aktiviti sepanjang berada di Ch akan dibincangkan kemudian.

Untuk konvoi kali ini, setiap peserta dikehendaki membayar RM 50.00 seorang untuk bayaran penginapan dan juga baju rasmi kelab. Baju Rasmi berharga RM 30.00 dan penginapan RM 15.00 seorang. Bakinya untuk bayaran minyak motor.

Diharapkan semua peserta konvoi telah bersiap sedia untuk berkonvoi. Sila pastikan motor masing-masing dalam keadaan yang baik dari segi tayarnya, minyak pelincirnya dan sebagainya. Kepada ahli kelab yang tidak dapat menyertai konvoi kali ini jangan bersedih kerana pada tahun hadapan insyallah satu konvoi MEGA akan dianjurkan oleh pihak CBC.
Berhati-hati semasa memandu, ikut arahan ketua konvoi dan marshall dan jaga keselamatan masing-masing.Peserta yang tidak mengikut arahan dan menimbulkan masalah akan dikenakan tindakan disiplin.

Selamat Berkonvoi kepada semua ahli kelab CBC.


* Sebarang pertanyaan sila hubungi :
En. Cik Ku Zaimi.
En. Idris.
En. Alhisyam.

0 comments: