CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, March 12, 2010

CBC Masuk SINAR


Gambar kat Shell Ketari.Kredit tuk CKZaimi....
Terima kasih kepada Zaimi atas usaha yang dilakukan sehingga berita tentang CBC terpapar di akhbar Sinar Harian. Kepada rakan-rakan yang takde dalam gambar minta mahap banyak2...

Tuesday, March 2, 2010

BAHASA LENSOR KONVOI MAULIDUR RASUL


Mungkin secara kebetulan atau suratan, geng CBC telah berkonvoi ke Cherating pada tanggal 12 rabiulawal 1431 H baru ni. Genap setahun selepas konvoi perdana ke Taman Negara, Jerantut juga pada 12 Rabiulawwal. Idea untuk berkonvoi ke Cherating ini timbul semasa beberapa orang member CBC bermotosikal ke KL untuk bersarapan pagi. Sambil menikmati minuman tengahari, terpancul keluar idea untuk berkonvoi ke Cherating dari mulut Zaimi. Beberapa orang lagi rakan segera bersetuju dengan idea tersebut.
Pagi 12 Rabiulawal 1431 H, semua peserta konvoi berkumpul di Stesen Shell Ketari. Masa yang ditetapkan untuk semua peserta berkumpul di sini ialah tepat jam 7.30 pagi. Namun macam biasa ada juga peserta yang gagal untuk mematuhi arahan tersebut. Stesen Shell Ketari menjadi saksi kepada segerombolan manusia dengan motorsikal masing-masing bersiap sedia untuk bergerak merentasi laluan lebih kurang 250 km.

Sempena dengan ulang tahun kelahiran junjungan besar Nabi Muhamad SAW, maka sebelum bergerak peserta-peserta konvoi dengan penuh semangat berselawat ke atas Nabi muhamad SAW. Alhamdulillah...masih utuh lagi ingatan peserta-peserta konvoi kepada Rasulullah saw. Selawat ini diketui oleh Ustaz Hisyam dari SK Sulaiman.
Doa memulakan perjalanan pula diketuai oleh Ustaz Suhaimi dari SK Lurah Bilut.
Tepat jam 8.30 pagi, peserta konvoi mula bergerak meninggalkan Stesen Minyak Shell Ketari menuju ke hentian pertama di Karak.
di Karak peserta konvoi bersarapan pagi di Kedai Kopi Sobri, macam-macam ada kat sini. Bekas ketua jabatan aku cakap, roti canai dia paling sedap kat Bentong ni. Tak tau la sungguh ke tak, korang cuba la sendiri. Ada member makan sampai sakit perut. Kredit untuk ustaz idil yang pada mulanya bercadang untuk turut serta namun terpaksa menarik diri atas sebab yang tak dapat dielakkan, datang bersarapan pagi bersama.

Peserta konvoi meneruskan perjalanan tepat jam 930 pagi menuju ke destinasi seterusnya iaitu Stesen Petronas R & R Temerloh. Dari Karak terus menyusuri jalan kampung menuju ke Lanchang. Suasana dingin menyelubungi perjalanan bertemankan kehijauan bukit dan kampung menuju ke Lanchang. Sampai di persimpangan Lanchang kami semua membelok motosikal menuju ke highway LPT. Kami akan menggunakan laluan Lebuhraya Pantai Timur untuk ke Cherating. Peserta konvoi seramai 27 orang bergerak dalam kelajuan 110 km sejam di laluan landai LPT. Setelah melalui perjalanan yang tenang hampir 50 minit, group CBC ni sampai di Stesen Shell R & R Temerloh untuk mengisi minyak kali pertama dan melepaskan hajat yang memberontak minta dilepaskan segera.
Di sini terdapat ramai lagi bikers yang berkonvoi, tapi bezanya dorang dengan CBC umpama langat dan bumi. Kami cuma menggunakan motosikal berkuasa 135cc ke bawah tetapi mereka menggunakan motosikal berkuasa kuda. Haha....Kami cuma ada 1 ERN dan 1 Vulcan yang bertindak sebagai marshall. Selepas mengisi minyak kami pun meneruskan perjalanan, hentian seterusnya untuk mengisi minyak ialah R & R Gambang. Hehe...terpaksa berhenti isi minyak banyak kali geng coz tangki motor kapcai kecik-kecik jer. Peserta konvoi terbahagi kepada 3 kumpulan semasa bergerak menuju ke Gambang. Cuaca yang semakin membahang menyebabkan orang hadapan memecut motorsikal jauh meninggalkan orang di belakang. Abe Ajak, Kari, Pokki dan Ise tertinggal di belakang. Kereta Diman ( juru gambar) berada di tengah bersama dengan group Abe Joe, Syahir, Yoyo, Ustaz dan Zubir. Tiba di KM 178, tetiba motorsikal Yoyo terasa berat, rupa-rupanya tayar belakang motosikal yamaha Lagenda tersebut bocor.
Aduh masalah ni, tiub spare dan alatan untuk membuka tayar semua ada tapi pum dah terlepas ke depan. Kereta Achik berada bersama dengan kelompok hadapan geng konvoi. Abe Joe sebagai ketua konvoi begitu prihatin dengan masalah anak buahnya. Beliau telah menahan sebuah lori yang kebetulan lalu di situ. Namun..." nate sungguh,nya tak beghenti kita tahe." abe Joe melepaskan geram. Panas makin membahang, bayang-bayang teduh langsung tidak kelihatan. Di langit tiada awan tebal yang berarak....Akhirnya keputusan diambil untuk menukur tiub motor Yoyo di Sri Jaya.Semangat setiakawan dan semangat tolong menolong terpancar ketika ini. Kari, Abe Ajak dan yoyo ke Sri Jaya yamh tinggal di tepi highway di bawah panas terik mentari hanya Abe Joe, Syahir, Afiq, Ise, Zubir dan Ustaz Suhaimi. Khabarnya mereka mendaki bukit untuk mencari bayang berteduh. Lebih kurang sejam menunggu akhirnya masalah motor Yoyo settle....Gerak....
Kawan-kawan yang lain sedang menunggu di R & R Gambang .Jam menunjukkan pukul 1.15 bila Abe Joe dan rakan-rakan tiba di R&R Gambang. Memandangkan perut masing-masing telah berkeroncong maka kami mengambil keputusan untuk makan tengahari di situ sahaja. Selepas makan peserta konvoi bergerak menuju ke Mercu Beach Resort tempat penginapan kami yang telah ditempah oleh Abe Joe. Katanya tempat ini best sangat,macam-macam ada kat sini. Panas mentari semakin membahang, kepanasannya terasa menggigit kulit kami. semakin dekat dengan destinasi, angin laut bertiup kencang. Peserta konvoi bergerak dalam barisan panjang dengan diketuai oleh Abe Joe yang berbangga dengan jentera TZM nya. Motor lama tapi baru beli, dia memang peminat fanatik TZM.
Kami tiba di Mercu Beach Resort tepat jam 3.10 petang, fuh lama juga perjalanan kami pada hari ini. Masing-masing ke kaunter pendaftaran untuk mendapatkan kunci. Urusan menempah bilik telah diuruskan oleh Abe Joe so takde masalah. Abe Joe menempah 6 bilik untuk 25 orang peserta.
Aktiviti kami pada petang ini adalah aktiviti bebas, so boleh buat hal masing-masing. Ramai kawan-kawan yang tak sabar-sabar lagi untuk berendam di kolam, beradu kekuatan dan kemahiran di gelanggang bolasepak pantai dan berenang di lautan yang membiru. Ada juga kawan-kawan yang tidak sabar untuk melelapkan mata melepaskan penat setelah mengharungi perjalanan yang panjang tadi.
Setelah semua hajat di atas telah tercapai, aktiviti sebelah petang pula ialah ngeteh sambil pekena keropok lekor. Fuh bestnya...
Menjelang senja semua peserta konvoi berehat di pantai sambil bermain layang-layang, merakam gambar kenangan dan ada juga yang bernostalgia dengan kenangan silam. Haha tulis nama atas pasir....
Abe Joe terpaksa pulang ke Bentong kerana beliau mempunyai tugasan pada keesokkan hari. So apa yang pasti malam ini akan sepi tanpa suara gurauan Abe Joe. Dengan perasaan sedih Abe Joe menghidupkan enjin TZM nya untuk meningggalkan Mercu Beach Resort. Abe Joe sedih tapi ada yang gembira kerana tidak perlu mencari alasan pada malam itu.
Malam selepas seusai solat, masing-masing keluar mencari tempat untuk mengisi perut...ada yang dimurahkan rezeki oleh Allah SWT kerana dipelawa untuk makan bersama dengan saudara seislam yang baru dikenali. Maka selamatlah sedikit bujet untuk malam itu. Tengah malam, dengan suhu yang panas walaupun aircon telah dihidupkan, gangguan nyamuk di hujung kaki dan bunyi dengkoran rakan sebelah yang mengalahkan kereta F1 Team 1Malaysia menyebabkan ramai yang tidak boleh melelapkan mata.

Pagi 27 Februari, selepas solat subuh kelihatan beberapa orang rakan sedang mundar mandir di tepi pantai sambil merakamkan detik-detik munculnya mentari pagi Subhanallah...terpancar kebesaran Allah..detik-detik ajaib itu dirakamkan oleh jurugambar profesional kami En. Sudirman. Bukan Sudirman Hj Arshad tu....
Selepas sarapan pagi semua ahli konvoi turun ke pantai untuk beriadah dengan bermain bolasepak pantai dan bolatampar pantai. Penat bermain , kami melepaskan lelah di lautan dan kolam renang Mercu Beach Resort. Selesai aktiviti pagi, kami semua berkemas untuk bergerak pulang ke Bentong.
Mercu Beach resort kami tinggalkan tepat jam 11 pagi. Ada rakan-rakan yang dah jatuhcinta dengan keindahan, kedamaian dan keseronokkan di sini menyatakan hasrat untuk datang semula bersama keluarga.
Perjalanan pulang ke Bentong melalui jalan lama tidak lagi menggunakan laluan LPT, singgah sebentar untuk membeli keropok di Jaya Gading. selepas itu meneruskan perjalanan ke Gambang, Sri Jaya, dan Maran. Di sini kami berhenti makan tengahari dan solat. Perjalanan teratur dengan barisan panjang motosikal dikawal oleh marshall yang begitu komited menyebabkan laluan menjadi tidak sesukar yang dijangka.
Peserta konvoi bergerak dalam satu barisan panjang menuju ke destinasi. Kami berhenti mengisi minyak di Petronas Mentakab dan seterusnya berhenti di Petronas Karak. Kami berpisah di sini, kerana ada yang akan pulang ke Bilut melalui sertik, ada yang akan terus ke janda Baik, ada berhenti setakat Taman Hijau karak sahaja.
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana memudahkan perjalanan kami semua sepanjang konvoi ini. Kepada yang tewas di perjalanan jangan putus asa..
Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang telah menunjukkan disiplin yang tinggi semasa berada di jalanan mahupun di tempat-tempat yang di singgahi. Walaupun ada beberapa kelemahan namun ianya akan dibaiki. Dan ketua konvoi berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan rakan-rakan semua.
Sekian sehingga berjumpa lagi di konvoi yang akan datang...

Catatan Oleh,
SU CBC
Bentong, Pahang.
26 dan 27 Februari 2010.