CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, January 31, 2010

BENTONG - CHERATING - BENTONG


Salam kepada semua ahli CBC , artikel pertama dari admin untuk Tahun 2010. Harapnya ahli-ahli CBC still bersemangat untuk meneruskan aktiviti konvoi kita pada tahun ini.
Selepas konvoi ke Cameron Highland tempohari, semua aktiviti konvoi dibekukan sementara memandangkan ramai ahli yang sibuk dengan tugas masing-masing.
Nampaknya masa begitu pantas berlalu...kalau dulu ke CH menggunakan motor pinjam sekarang dah ada motor sendiri. Dulu layan motor EX 5 sekarang dah up grade sikit dah layan 128 GT. Dulu masih bujang, sekarang dah jadi suami orang. Dulu takde anak sekarang dah dapat baby. Dulu anak sorang sekarang dah tambah sorang lagi. Masa p CH belum ada master sekarang tengah bikin itu master...haha..cepat betul masa berubah.Dulu pakai kereta buatan Malaysia, sekarang tengah tunggu keta buatan Jepun. Nombor pendaftaran dah ada tunggu keta jer lagi...alhamdulillah rezeki masing-masing.
So projek kita yang terbaru ialah konvoi ke CHERATING. Insyaallah akan berkonvoi pada Cuti Maulidur Rasul ( 26. 02. 2010). Kepada ahli yang berminat untuk ikut serta boleh berurusan dengan En. Zul @ En Kuzaimi @ En. Abe Ajak.
Kepada ahli-ahli sila buat persediaan dari sekarang....