CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Monday, November 23, 2009

Honda City

Ada ahli CBC yang akan pakai kereta ini tak lama lagi. Sape? Kita tunggu dan lihat jer lah. Cerita-cerita tentang ada ahli CBC akan pakai kereta ini telah lama tersebar, ampunya diri pun telah mengesahkan dengan admin. So kita tunggulah, untung-untung dapat tumpang pergi beli kasut adidas di Wangsa Maju. Haha...Satu yang belum pasti samada model di atas tu atau yang di bawah ni....Huh kalu macam ni baru kena gaya dengan DG 44....

Sunday, November 8, 2009

Jang Gomo Klate


Musim Piala Malaysia telah melabuhkan tirainya malam tadi. Final Piala Malaysia kali ini mempertemukan N9 dengan Kelantan. Sebelum sepak mula perlawanan akhir dimulakan, segala tumpuan terarah ke pasukan Kelantan. Segala liputan terarah kepada skuad yang bergelar The Red Warriors ini. Penyokong-penyokong Kelantan di seluruh negara ghairah meraikan pestas final selepas menunggu hampir 40 tahun. Beberapa orang member dari CBC juga tidak sabar-sabar lagi menunggu detik untuk ke Bukit Jalil. Kito akan bahe ruso...itu kata penyokong kijang.
Namun malam tadi cerita di atas padang adalah berbeza sama sekali. Skuad kijang tertekan dengan harapan menggunung yang diletakkan di atas bahu mereka untuk membawa pulang Piala Malaysia ke bumi Kelantan. kehadiran lebih kurang 60 ribu penonton nampaknya menambahkan tekanan ke atas pemain-pemain Kijang, menyebabkan permainan yang dipamerkan di bawah tahap keupayaan sebenarnya. Menang sorak Piala terlepas untuk The Red Wariors....Skuad Kijang di hoben oleh Skuad Rusa dengan jaringan 1-3.
Apapun tahniah kepada kedua-dua pasukan yang berjaya ke perlawanan akhir tahun ini. Kepada rakan-rakan penyokong Skuad Rusa tahniah diucapkan....kepada rakan-rakan penyokong Kijang jangan frust sangat. Takpe tahun depan cuba lagi. satu pesanan penaja....menjejakkan kaki ke final belum tentu boleh menang. So jangan confident sangat lain kali. Kalu dah menang piala baru boleh ketawa besar! Hahaha...den ogang kampung Nabil........Hoben Jang Hoben...

Sunday, November 1, 2009

Gomo Kelate Gomo


Tahniah kepada rakan-rakan penyokong The Red Warrior kerana berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir TM Piala Malaysia tahun ini. Kepada Abe Joe, keyo, shah dan lain-lain tu jangan seronok sangat, tumbangkan dulu N9 pas tu baru leh ketawa besar. Kepada penyokong berkecuali anda boleh pilih antara kelantan atau N9 yang nak disokong dalam perlawanan akhir nanti. harus diingatkan Hoben Jana Hoben juga merupakan pasukan yang mempamerkan satu permainan yang menarik dengan benteng yang kebal sepanjang pertandingan ini. Admin tak sokong mana-mana....team negeri dah bungkus awai-awai so sehingga tahun hadapan admin merehatkan diri dari menyokong mana-mana team bolasepak yang ada di alam maya ini. Adapun sokongan tidak berbelah bagi admin tetap kepada PR...haha Adios.

Saturday, October 31, 2009

Tahniah

Tahniah diucapkan kepada seorang ahli CBC, CIK KUZAIMI di atas kehadiran cahayamata yang kedua. Semoga kehadiran "muslimah" ini akan menambahkan lagi kecerian dalam rumahtangga beliau. Tahniah dari kami di Cikgu Bikers Club.

Sunday, October 25, 2009

Ada Berani.......???


Kuda baru...GT 128. Kalau Abe Joe ngan Zaimi berani jom ah test power dari Tol Bentong samapai Tol Gombak.

Saturday, October 10, 2009

Bagai Pinang di Belah Dua


Gambar ahli CBC yang telah menamatkan zaman bujangnya." Jangan bergaduh pula dengan biras lepas ni..."

Wednesday, September 30, 2009

Orang Baru

Tahniah diucapkan kepada seorang ahli CBC yang baru menerima kehadiran cahaya mata sulong. En Zakiyamani a.k.a Pokki telah menjadi seorang ayah pada 29.09.2009. Isteri beliau selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan. Semoga kehadiran cahaya mata ini akan menambahkan lagi kecerian keluarga beliau. Tahniah dari semua ahli CBC....Gambar menunjukkan Pokki, Isteri dan Qistina Balqis bersama Tengku Puan Pahang yang merupakan penaung TAFF ( Yayasan Fertiliti Tunku Azizah).

Wednesday, September 23, 2009

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru diucapakan kepada salah seorang ahli CBC yang akan melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya pada 24. 09.2009 bersamaan 05 Syawal 1430 H.
Kepada Khairul Azhar, kami di CBC mengucapkan Selamat Pengantin baru semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

Wednesday, September 16, 2009

Syawal Bakal Menjelma

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli CBC. Maaf zahir batin....Kepada yang akan balik beraya di kampung berhati-hati di jalan raya, jangan merempit macam kita pergi konvoi pula. Ingatlah ini bukan nak berkonvoi tapi nak balik sambut raya. Kepada yang untung besar dalam perniagaan yang halal, jangan lupa sedekahkan duit raya kepada kanak-kanak yang datang beraya.

Friday, August 21, 2009

Selamat Berpuasa.


Selamat menyambut ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua ahli CBC dan juga kepada semua rakan-rakan yang menjengok blog ini. Semoga kedatangan ramadhan dapat mendekatkan lagi diri kita dengan Allah SWT. Insyallah....

Tuesday, August 18, 2009

Congratulation

Tahniah diucapkan kepada dua orang ahli CBC( En. Khairul Azhar dari SK Lentang dan En Alakari dari SK Sulaiman) yang mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ). Esok 19 Ogos akan berlangsung majlis penyampaian APC kepada mereka-mereka yang terlibat di Dewan Majlis Perbandaran Bentong. Semoga anugerah ini akan menjadi pemangkin untuk lebih cemerlang dalam bidang pendidikan ini.

Kempen Yang Hampeh

Kejohanan PSKPP peringkat negeri Pahang telah berlangsung dari 13 hingga 16 Ogos yang lepas di Jerantut. Pasukan bolasepak daerah Bentong telah diletakkan satu kumpulan bersama Daerah Lipis dan Daerah Rompin. Berdasarkan undian kumpulan peluang Bentong untuk ke pusingan ke dua adalah tipis kerana Lipis merupakan juara bertahan dan Rompin merupakan team yang kuat dalam PSKPP.

Ketua jurulatih sedang memberikan semangat kepada anak-anak buahnya supaya bangkit melawan.
Perlawan pertama Bentong melawan Rompin di padang SMKA TAHAP. walaupun telah berusaha untuk memberikan tentangan namun akhirnya pasukan Bentong terpaksa akur dengan kehebatan Rompin yang menana dengan jaringan gol 4-0. Perlawanan kedua bertemu Lipis, nasib Bentong seperti sudah diketahui. Bentong memerlukan kemenangan untuk membuka laluan ke pusingan kedua. Namun bukanlah sesuatu yang mudah, memandangkan pada sebelah paginya Lipis telah berjaya mengalahkan rompin 4-1. Turun dengan misi mustahil untuk menewaskan Lipis ( walaupun ada orang cakap tiada yang mustahil dalam bolasepak ) dan juga misi untuk mengurangkan gol yang membolosi gawang , berbekalkan pemain-pemain yang cedera dan cetek pengalaman maka keputusannya sudah dapat dijangka. First half Lipis berjaya mendahului dengan jaringan 2-1.

Penyerang utama pasukan Bentong cedera di kepala akibat dipijat oleh pemain lawan
Tahniah kepada Alakari yang berjaya menghasilkan gol untuk Bentong. Bermula separuh masa kedua Lipis mula melancarkan serangan bertali arus ke arah gol....dan para pemain pertahanan pasukan Bentong tidak berdaya menahan asakan tersebut.Gol demi Gol telah membolosi gawang yang dikawal oleh Fifi. Akhirnya perlawanan berakhir dengan keputusan Bentong 1 dan Lipis 6. Haha...apapun tahniah kepada rakan-rakan sepasukan yang bermati-matian mempertahankan gawang dari dibolosi dengan lebih banyak gol.


Penjaga gol yang beraksi cemerlang menyelamatkan pintu golnya dari dibolosi penyerang lawan, namun akhirnya tewas juga dengan" kilauan" matahari.
( Tahniah Capitan, Arazmi, Emizal, Zubir, Ja'a, Keyo, Kari, Yunus, Nuar, Ijat,Fifi, Yazit, Atan, Zul, Ustaz, Boydan Akmal) kerana terpilih mewakili Daerah Bentong. Sape yang masih berminat, bertenaga, takde komitmen lain boleh cuba lagi next year .Pintu team PSKPP Bentong sentiasa terbuka untuk anda yang berminat untuk bermain, ikhlas dan tidak berkira! Thank you juga kepada ketua jurulatih, Cikgu Rostam dan juga fisioterapi Shah.



Fisioterapi pasukan sedang mendengar masalah pemain dengan penuh minat

Kepada Zul yang akan bersara dari mewakili PSKPP kerana melanjutkan pelajaran di bawah Biasiswa KPM, jutaan terima kasih diucapkan. Menurut Zul, dia telah mewakili daerah Bentong lebih kurang 9 tahun sekarang tibalah saatnya untuk bersara. Apapun terima kasih daun keladi....kalau rasa diri tu muda lagi mainlah untuk MASUM pula nanti !!!!


Wednesday, May 6, 2009

KONVOI II ( BENTONG-CAMERON HIGHLAND)




Alhamdulillah ...setelah berbagai peristiwa yang berlaku ( bermula dengan ketidak tentuan gara-gara orang ramai tidak dibenarkan berkonvoi ke CH kerana Sultan berkenan berangkat ke sana mulai 1 hingga 4 hb, tempat penginapan yang masih tidak ketentuan dan penarikan diri saat-saat akhir kepala konvoi) akhirnya kami semua berangkat juga ke Cameron Highland pada pagi 1 Mei yang lepas. Kami mengambil peluang sempena dengan cuti Hari Pekerja untuk berkonvoi ke C.Highland. Kali ini rombongan konvoi seramai 30 orang bertambah sedikit berbanding konvoi ke Taman Negara bulan 3 yang lepas.Semua ahli yang berkonvoi ke Tmn Negara tempohari ikut serta kecuali Abe Ajak ( menguruskan kenduri anak sedara) , Shah kerana terlibat dengan majlis ikat mengikat dan juga Nazari yang menghadiri kenduri kahwin sepupu di Teluk Intan.
Ahli-ahli baru yang turut serta ialah Zizi serta wife and anak, Rozam and wife, Group dari SMK Sulaiman ( 5 orang ), Sudirman dari SMK Lurah Bilut, Alakari ,Aswad ( member Zubir dari Klang, tahniah gu sanggup datang dari Klang untuk join group kita orang). Kalau ada yang tertinggal lagi sori banyak-banyak kawe tak ingat.
Macam biasa tempat berkumpul adalah di Stesyen Petronas Bt 1, Jln Tras, janjinya semua peserta mesti berkumpul tepat jam 7.30 pagi kerana rombongan akan bergerak ke Felda Sg Koyan tepat jam 8.00 pagi. Tapi macam biasa le kalau dah ramai-ramai ni mesti ada yang lewat sampai punya. Puas tunggu Zubir masih belum menampakkan batang hidung. Zul dah mula merungut, Zaimie mula capai telefon untuk menelefon Zubir. Akhirnya Ketua konvoi memutuskan untuk bergerak dahulu dan akan menunggu Zubir di Lurah Bilut. Jommmm gerakkkk.......OPPPsss....baca doa dulu...Kali ni bacaan doa dikepalai oleh Ustaz Faizal dari Pusat Tahfiz Adnan Yaakob.Apapun tahniah kepada Kepala Konvoi yang tidak dapat ikut serta kali ini kerana sudi menghadirkan diri untuk melepaskan peserta konvoi. walaupun nampak sayu kerana tidak dapat bersama namun masih mampu melemparkan senyuman pahit. ( betul ke nak urus perkahwinan anak sedara? Tau tak dapat permit...)
Peserta konvoi mula bergerak selepas ditaklimatkan oleh Zul menuju ke Lurah Bilut. 3 orang rakan dikhabarkan menunggu di persimpangan Lurah Bilut.

Perjalanan Bermula.
Kami memulakan pergerakkan lebih kurang jam 9.00 pagi...Kami bersetuju untuk bersarapan pagi di Felda Sg Koyan. Para ahli konvoi pun bergerak dalam kumpulan yang panjang, 27 buah motosikal dan sebuah kereta yang terlibat dalam konvoi ini. Kami bergerak dalam keadaan berbaris menuju ke Raub. Pekan Raub menjadi saksi kepada pergerakkan kami pada pagi ini. Memasuki jalan kawasan Batu Talam peserta konvoi mula berpecah kepada beberapa kumpulan. Kumpulan hadapan diketuai oleh Zul, manakala kumpulan tengah dikepalai oleh Zaki dan paling belakang dikepalai oleh Zaimi. 10.30 kami tiba di Dataran Felda Sg Koyan disambut oleh Encik Nazri yang akan bersama kami ke CH. Kami semua tidak sabar lagi untuk mengisi perut yang sejak tadi mendendangkan lagu keroncong, maklumlah keluar rumah tadi belum sempat sarapan. Mana yang sempat menjamah roti dah dikira cukup bertuah sebagai alas perut, yang tidak sempat menjamah apa-apa terpaksa menahan kelaparan. Kedai makan pagi itu ditawan oleh peserta konvoi yang "segak" berbaju kuning yang ditempah khas sempena konvoi. Thanks banyak-banyak kepada Zul@ Abe Joe. Masing-masing tidak sabar lagi untuk menjamah makanan akibat kelaparan yang teramat sangat. bukan takat tuan motor je lapar, motor pun lapar juga ( makluman salah sebuah motor ahli konvoi kehabisan bahan bakar di tengah jalan) gagal gu....lain kali isi penuh minyak motor tu...Haha tak pasal-pasal dah kena kad kuning daripada Ketua Konvoi akibat kecuaian ketika mengisi minyak.
Selepas mengisi perut dengan nasi goreng, roti canai, nasi lemak dan sebagainya, kami bergerak untuk mengisi pula tangki motor kami yang hampir kosong. Stesyen Petronas (F) Sg Koyan kami serbu ramai-ramai. Tuang minyak tu sampai penuh, tak payah bayar bendahari yang akan bayarkan.

Sg Koyan - Betau- Ringglet.

Apabila tangki minyak masing-masing telah penuh( botol-botol juga) kami pun mula bergerak ke CH menggunakan jalan Betau. Imformasi di papan tanda menunjukkan jalan ini berturap lebih kurang 61 km dan lebih kurang 15 km lagi jalan yang masih belum siap, tanah merah dan berbatu. Orang tempat Alakari cakap...... jalan tidak aspal bah!!Kami bergerak dalam deretan yang panjang dengan diketuai oleh Encik Nazri ( Mad Yie). Perjalanan memang mengasyikkan dengan bertemankan kehijauan flora di kira-kanan jalan. Kenderaan tidak banyak yang melalui jalan ini,mungkin disebabkan jalan ini masih belum siap sepenuhnya. Sesekali rombongan kami berselisihan dengan kenderaan yang datang dari arah C.Highland. Di pertengahan perjalanan kami berhenti rehat di atas jambatan yang agak panjang. Kesempatan diambil untuk menghilangkan lenguh, mengisi minyak ke dalam tangki, menyedut kratek dan yang pastinya bergambar kenangan.Setelah hilang rasa lenguh kami meneruskan perjalanan yang panjang ini.20 minit kemudian kami samapai ke jalan tanah merah, pergerakan motor agak perlahan kerana jalan yang tidak rata dan berbatu. Syukur kerana tiada hujan semalam kalau tidak nescaya rombongan kami akan menghadapi kesukaran untuk melalui jalan ini. Setiap kali berselisihan pasti debu tanah akan berterbangan menutup pandangan kami. Rakan-rakan yang berada di barisan hadapan telah jauh ke depan. Yang tinggal di barisan belakang waktu ini Derih, Zaimi dan Ise...

Dugaan.

Sewaktu mendaki bukit yang berdebu dan berbatu tiba-tiba motosikal SS Derih kehilangan kuasa. Rakan-rakan yang lain tidak kelihatan lagi, Derih memberhentikan motosikal sambil membelek-belek wayar spark. Kunci dihidupkan dan kaki mula menendang stater motor. Brurrr....brurrr....brurrr...motor tidak mahu hidup. Derih mula menggelengkan kepala, agaknya panas sangat enjin motor tu. Ise pandang Zaimi, Zaimi pandang Ise...tiba-tiba...."kita tunda jelah.."terpancul dari mulut Zaimi. Memang berat sungguh dugaan dari Allah tengahari itu. Sudah lah jalan berdebu dan berbatu berbukit pula. Zaimi menunda motor Derih sambil diiringi oleh Ise. Rakan-rakan yang lain jauh ke depan tanpa menoleh ke belakang.Semangat setia kawan, semangat berkonvoi lenyap seketika ditelan debu jalan waktu itu.Setelah puas menunda akhirnya kami tiba di sebuah bengkel motorsikal di sebelah kiri jalan. Perasaan lega terpancar di wajah Zaimi dan Derih yang jelas kepenatan. Zul serta rakan yang lain berada di Stesyen Shell Ringglet yang tidak berapa jauh dari sini. Motor diberi rawatan oleh mekanik, dan kembali meraum...brommmm...brommmm...brommmmmmmmmm...rupa-rupanya ekzosnya tersumpat patut la tidak mahu hidup. Tak leh nyawa la Derih motor mu.

CBC TawanCameron Highland.

Peserta konvoi tiba di tempat penginapan (Desa Arthurium) tepat jam 1.30 tengahari, diikuti oleh Derih, Zaimi dan Ise setengah jam kemudian. Kami semua berehat untuk menghilangkan penat setelah menempuh perjalanan yang agak mencabar lebih kurang 15 km terakhir tadi. Apartment 3 bilik yang disewa dengan harga RM 500 seperti tidak mampu untuk menampung kehadiran ahli konvoi seramai 30 orang. Apa boleh buat tempat lain semuanya full so terpaksalah semuanya tidur di sini malam ini.
Destinasi pertama kami pada petang ini ialah Pekan Brinchang untuk makan tengahari. Kami bergerak ke Brinchang dengan menempuh kesesakan yang teramat sangat.Deretan kereta kelihatan berbaris mendaki bukit menuju ke Brinchang dari Tanah Rata. Rombongan kami terpaksa menggunakan laluan sebelah kiri untuk melepasi deretan kenderaan tersebut. Kami semua mengisi perut di medan selera yang bersebelahan dengan Shell. Macam biasa ambil jer nak makan apa nanti bendahari settlekan dengan tuan punya warung.Makan gu...makan sampai kenyang....
Selepas mengisi minyak motor kami bergerak ke Ladang BohTeh...Ahli konvoi menjadi raja di jalan sempit berbengkang-bengkok menuju ke Ladang Teh Boh.Tidak lengkap jika berkunjung ke CH tanpa melawat ladang teh yang terbentang luas menghijau.Cuaca yang dingin dan pemandangan pokok-pokok teh yang menghijau cukup menenangkan. Subhanallah....
30 minit kemudian ladang teh kami tinggalkan kerana hari beransur-ansur gelap. Awan hitam mula menyelubungi ruang angkasa CH yang semakin dingin. Petanda bahawa hujan mungkin akan turun.Kami singgah sebentar di pasar malam Brinchang untuk membeli makanan sebagai alas perut malam nanti. Hujan mulai turun, beberapa orang rakan sempat membeli baju sebagai buah tangan dan juga sebagai " lesen" untuk anak-anak dan juga isteri tersayang.( Baju Hijau.....Man Belon punyaaa..)Hujan mula turun, ada rakan-rakan yang telah sampai ke tempat penginapan, ada yang terperangkap dalam hujan. Hujan begitu lebat mencurah membasahi bumi C.Highland.
Malam ...semua ahli konvoi keletihan..selepas menunaikan solat maghrib dan isyak secara Jamak Takdim ada yang mula mencari tempat untuk melelapkan mata. Ruang tamu dipenuhi, bilik juga dipenuhi.Ahli konvoi tidak terlalu memikirkan keselesaan untuk melelapkan mata, asalkan boleh letak kepala dan lunjurkan kaki sudah dikira okey. Malam semakin larut, suhu semakin dingin,kesejukan mula terasa..Di dalam bilik masih ada lagi rakan-rakan yang belum tidur. Di ruang tamu dengkuran mula kedengaran.ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzz...bersama dinginnya suhu di bumi C.Highland.Sejukkkkk....

2nd Day

Pagi seawal jam lima pagi ahli konvoi dah mula bangun, mandi dan bersiap sedia untuk solat. Apartment yang hanya mempunyai 2 bilik air itu mula hidup. Terpaksa bergilir-gilir untuk mandi, melepaskan hajat dan berwuduk. Pabila semua sudah selesai kami bersiap sedia untuk menyerbu kedai-kedai sayur. Sayur sebagai ole-ole perlu dibeli. Turun jer ke bawah masalah mula menimpa, motor Alakari pancit. Sambil menanti rakan-rakan yang lain memanaskan enjin motor masing-masing Alakari mengisi angin motornya buat sementara waktu sebelum ke bengkel untuk menggantikan tayar baru.
Kami berarak keluar meninggalkan Desa Arthurium menuju ke Brinchang. Kami singgah di gerai yang menjual cenderahati dan strawberi segar. Apek C.Highland senyum lebar pagi ni...pagi-pagi lagi lejeki sudah masuk maa....Akak gerai cenderahati juga senyum...macam-macam ahli konvoi anggkut dari gerai beliau. Uncle and untie jual sayur pun senyum seindah suria...deii sini beli la, 18 barang 10 ringgit,sana atas 3 barang 10 ringgit, sana barang 6 sapuluh ringgit. Masing-masinglah pening kepala memilih sayur untuk mencukupkan 18 jenis. Senyum tokey-tokey warung.....

Selamat Tinggal CH


Kami mula bergerak turun dari CH lebih kurang jam 10.30 pagi dari Tanah Rata. kali ini pergerakkan terbahagi kepada dua kumpulan. Zaimi, Zaki, Alakari, Derih, Ise, Keyo, Jai dan Caon mendahului rakan-rakan yang lain untuk mencari bengkel bagi menggantikan tayar motor Alakari yang semakin kempis. Rakan-rakan yang lain berhenti membasahkan tekak di Tanah Rata. Di Ringlet kami memasuki sebuah bengkel motor dan pagi ini Rm 68 terbang dari poket Alakari.15 minit kemudian kami berkumpul semula dan mula bergerak menuruni Cameron Highland menuju ke Tapah. Kami akan balik ikut highway Tapah- Tanjung Malim. Laluan yang berbengkak bengkok dengan selekoh-selekoh tajam benar-benar menguji kemahiran kami menunggang motosikal. Bagi yang memang mempunyai ciri-ciri mat rempit dalam diri masing-masing laluan ini bagaikan litar lumba bagi mereka. Syukur kerana dalam kehandalan masing-masing mengambil lap tidak ada yang tergolek. Perjalanan berhenti seketika kerana Ketua Konvoi menyedari masih ada rakan yang tertinggal di belakang. Ketika ini Syahir, Aswad, Farid,Faizal,Payid tertinggal di belakang( Kumpulan ini dikenanakan kad kuning dan merah oleh ketua konvoi).Lama menunggu kelibat mereka belum kelihatan, Zul membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan dan menunggu di Bandar Tapah sambil mengisi minyak motor yang hampir kering.

Tapah-Tanjung Malim ( Highway)


Kami mengisi minyak di Shell di Bandar Tapah, rakan yang tertinggal sudah muncul ada sedikit masalah yang menyebabkan mereka tertinggal. Perjalanan diteruskan menggunakan laluan highway menuju ke Tanjung Malim. Kami bergerak dalam barisan yang panjang menggunakan lorong kecemasan. 20 km menuju susur keluar Tanjung Malim hujan mula rintik-rintik, kelihatan Zizi memecut motosikal LC barunya mengiringi kereta yang dipandu isterinya. Tiba-tiba Zizi kelihatan menghulurkan sesuatu kepada isterinya.Sebaik saja isteri Zizi mencapai pouch bag tersebut kelihat sesuatu jatuh keatas jalan dan serentak dengan itu berterbanganlah kepingan-kepingan kertas berwarna merah, hijau, kelabu dan biru di atas jalan raya. dompet Zizi tercicir di atas lebuhraya!!! Zizi yang berbangga dengan aksi lagak ngerinya tadi tidak menyedari perkara tersebut terus memecut motor LCnya. Maklumlah motor baru, beli semata-mata untuk berkonvoi.Zaki dan Ise yang kebetulan berada di belakang Zizi segera memberhentikan motosikal untuk menyelamatkan barang-barang penting yang berada dalam dompet Zizi. Semakin ramai ahli konvoi yang tiba ditempat kejadian, Jailani, Zul,Derih, Kari, Rozam and Wife, Sudirman semuanya memberanikan diri ,menggadai nyawa untuk memungut duit yang berterbangan ditiup angin kenderaan yang bergerak melebihi had laju 120 km/sejam. Rozam berjaya menyelamatkan dompet dan beberapa keping kad berharga, Ise dapat mengumpul kembali RM 110 bersama sepucuk" surat cinta", rakan-rakan yang lain juga dapat mengumpul beberapa Rm lagi. Demo jangan buat lagi aksi macam ni ZIZI, gadai nyawa puak kawe. Semangat berkonvoi muncul kembali di saat ini.
Kami semua membelok ke sebelah kiri menuju susur keluar ke Proton City, cadangan awal untuk menikmati makan tengahari di gerai ikan bakar berhampiran masjid Tanjung Malim. Semua ahli telah membelok ke arah kedai tersebut, namun Zaki, Zizi and Wife serta Aswad telah terbabas ke arah pusat bandar.
Lepas makan kami bergerak ke Kolej Kediaman UPSI untuk mengahantar wife Rozam ke situ. Hebat ko bro, member konvoi iring ko hantar wife balik kolej.Meriah. Rozam nampak relex jer sewaktu menghantar wife dia. Dalam hati hanya Tuhan yang tahu lagu mana peritnya rasa berpisah dengan wife ni. Orang bujang macam Keyo, Syahir, Afiq memang tak rasa apa pun. Rozam tu udah le malam tadi kena tidur kat luar bilik kerana akur dengan perintah kepala konvoi.Haha...

Perjalanan diteruskan menuju ke Batang Kali, dan seterusnya mendaki ke Genting Highland untuk kembali ke Bentong bagi melengkapi perjalanan 2 hari 1 malam kami ke Cameron Highland. Deretan motosikal kelihatan meluncur gagah membelah Kuala Kubu Road. Kelompok penunggang berpecah ke beberapa kumpulan kecil bagi memudahkan perjalanan. Jalan licin akibat hujan menyukarkan sedikit pendakian ke Gohtong Jaya. Sampai di roundabout Gohtong Jaya tiba-tiba Ise melambai-lambaikan tangan tanda berhenti. Semua ahli konvoi tertanya-tanya...rupa-rupanya motor Ise pancit pula. Kami semua berhenti disiring jalan untuk menggantikan tiub motosikal Ise. Terima kasih kepada Caon yang bertungkus lumus menggantikan tiub motosikal Ise. Ada rakan yang telah terlepas ke Genting Sempah, dan menunggu di sana. Selesai kerja menukar tiub, kami bergerak turun ke Genting Sempah. Kami semua akan berkumpul dihentian terakhir sebelum berpisah menuju ke destinasi masing(pulang ke rumah)Kami berhenti di Petronas LPT arah Timur,di si ni semua ahli bersalaman sambil berjanji akan jumpa semula di konvoi yang akan datang. Zizi telah lama sampai menunggu rakan-rakan yang lain memungguh barang-barang dari keretanya. Thanks Zizi...kalau mu tak bawa kereta tak tahu la mana nak isi semua barang ni.Selepas itu semua ahli konvoi bergerak pulang ke rumah masing-masing. Kepada yang dah berkahwin dan beranak pinak, sudah tidak sabar lagi untuk menunjukkan ole-ole yang di bawa dari CH. yang masih bujang membawa ole-ole untuk mak dan ayah dan mungkin juga orang tersayang. Keyo tu nampak macam beli sesuatu yang istimewa jer, demo nak bagi sapo Yo?

Iktibar

Ada beberapa perkara yang kurang memenuhi etika berkonvoi berlaku secara tidak sengaja atau disengajakan sepanjang perjalanan ini.




  • memecut dan memotong


  • melakukan aksi lagak ngeri


  • tidak memakai topi keledar semasa menunggang


  • tidak mengikut arahan ketua konvoi


  • disiplin lemah
Haha....bro semua jangan marah ini sekadar ingatan untuk keselamatan kita semua. Ini bukan konvoi terakhir kita, selepas ini kita akan merancang konvoi ke destinasi yang lain pula. Kepada yang telah dianugerahkan kad kuning dan kad merah oleh kepala konvoi,fikir-fikirkanlah.Apapun syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt kerana menyelamatkan perjalanan kita semua. Jumpa lagi dikonvoi yang akan datang.........adios!

Tuesday, April 28, 2009

Pengumuman II

AJK tertinggi CBC telah bermesyuarat sebentar tadi dan mengambil ketetapan untuk meneruskan konvoi ke CH pada 1 Mei nanti. Kepada semua ahli jemaah konvoi sila ambil perhatian akan perkara ini. Sila servis motor masing-masing, sila cheack khemah, sila sediakan tin@botol@apa jer untuk mengisi petrol spare, yuran RM 50.00 tolong jelaskan selewat-lewatnya pagi Jumaat(b4 bergerak). Ahli konvoi akan berkhemah di CH nanti, so sila pastikan peralatan semuanya lengkap. kalau ada masalah sila hubungi AJK tertinggi ( Abe Joe, Messi, Ochea14).....

Monday, April 27, 2009

Pengumuman Penting.

Konvoi bermotosikal ke Cameron Hinghland mungkin terpaksa ditangguhkan atau ditukarkan ke tempat lain. Ini adalah disebabkan oleh masalah yang tidak dapat dielakkan. Kepada semua ahli konvoi sila tunggu panggilan atau sms atau e-mail dari pihak ajk tertinggi untuk memastikan kedudukan sebenar.

Friday, April 24, 2009

Berita Belum Sohih

Dikhabarkan bahawa KK ( Kepala Konvoi ) Abe Ajak tidak dapat ikut serta dalam konvoi kali ini. Sebab musababnya akan didedahkan semasa perjumpaan jemaah konvoi hari Ahad nanti.

Friday, April 3, 2009

Next Trip.

Insyaallah konvoi seterusnya ialah ke Cameron Highland. tarikh yang dirancang ialah pada 01 Mei 2009 bersempena dengan cuti hari pekerja. Jom pakat pi ramai-ramai. Yuran untuk konvoi ke CH ni Rm 50.00 seorang.

Friday, March 13, 2009

BENTONG-TMN NEGARA( KUALA TAHAN )

Selepas konvoi yang pertama Bentong ke Bkt Fraser( lihat disini) berjaya dijalankan, maka kami semua sepakat untuk berkonvoi pula ke Taman Negara, Kuala Tahan. Setelah berbincang maka keputusan pun diambil untuk berkonvoi sempena dengan cuti Maulidur Rasul. Bila diajukan kepada kepala konvoi (Abe Ajak) beliau terus bersetuju dengan tarikh tersebut. Maka persediaan pun dilakukan, Abe Ajak ditugaskan untuk mencari sebanyak mungkin sponsor untuk membiayai perjalanan ini.Zul ditugaskan untuk mengumpulkan seramai mungkin peserta untuk berkonvoi. Hisae pula diberi tugas untuk memujuk kalangan guru-guru SKS supaya ikut serta berkonvoi.
Perancangan berjalan lancar, dalam pertemuan pertama b4 berkonvoi, kami dimaklumkan tidak kurang dari 20 orang telah bersetuju untuk ikut serta dalam trip kali ini. Trip kali ini akan turut disertai oleh lecturer dari IPTAA...sah la diorang ni motor besar!!! Abe ajak masih bertungkus lumus untuk mencari sponsor, Zul macam biasa tak sabar-sabar nak berkonvoi punyalah semangat boh!
Dua hari sebelum bergerak kami mengadakan satu lagi perjumpaan, kali ini di TMK Restauran. Malam ini hampir kesemua peserta konvoi menghadirkan diri. Zul memberitahu bilangan peserta konvoi ada 25 orang. Fuh dah okey dah tu jika nak dibandingkan dengan yang pertama dulu, 9 orang jer....

Pagi 08 Mac 2009.

Semua peserta konvoi berkumpul ditempat yang dijanjikan iaitu Stesen Petronas Batu 1. Kami dimaklumkan akan bergerak ke destinasi yang pertama iaitu IPTAA K.Lipis tepat jam 7.30 pagi. Tapi macam biasa lah janji tinggal janji 7.30 pagi ada lagi kawan-kawan yang belum sampai. Zubir antara orang yang terawal sampai bersama Syahir. Akhirnya kami bergerak tepat jam 8.10 minit pagi, selepas mengaminkan bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Nazari. Semoga perjalanan ini selamat....

09.00 am waktu malaysia, kami tiba di Stesen Petronas Benta setelah menempuh perjalanan yang memakan masa lebih kurang lima puluh minit. Temujanji dengan peserta konvoi dari IPTAA di sini.

Peserta konvoi mengisi minyak motor masing-masing, ada yang melepaskan hajat yang lama terpendam, ada yang membelek-belek tayar motosikal masing-masing.

Rehat sambil menunggu group dari IPTAA. " mana Boh Koyan ni tak samapai-sampai lagi, kawe lapo dah ni!!" kata Keyo yang dah tidak dapat menahan lapar. Maklumlah keluar rumah tadi mana sempat jamah apa-apa, orang bujang katakan...

10.30 am......IPTAA kami datang untuk mengisi perut yang lapar....mana makan apa-apa lagi dari pagi tadi.Deretan motosikal peserta konvoi di parking di hadapan cafe IPTAA. Terima kasih banyak-banyak kepada En. Nazri dan rakan-rakan yang sudi sponsor sarapan pagi kami. Terima kasih daun keladi, lain kali sponsor lagi...Jom jamu selera bro, lapar gila ni....Meja VIP...Abe Ajak sedang mengeluarkan ayat-ayat powernya...En.Din pun terpukau dengan ayat power Abe Ajak..


En. Nazri sedang menceritakan perihal motornya yang rosak dan tersadai di depan pintu masuk IPTAA." Nate sungguh...hari ni puloknya rosak...."

Dah habis makan, kita orang pun bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan. Oleh kerana ada komitmen lain group dari IPTAA hanya akan berkonvoi hingga ke Jerantut sahaja. Sebelum tu bergambar dulu dengan motor-motor besar.

Fuh masing-masing bergaya di atas motor besar. Dalam hati masing-masing berkata "Kalau la motor ni motor aku sure ramai makwe yang nak bonceng kat belakang ni."








11.00 pagi rombongan konvoi seramai 25 orang bergerak menuju ke Kuala Tahan. Pergerakkan motosikal didahului diketuai oleh En. Nazri dan En. Din, lecturer dari IPTAA.

12.30 tengahari kami tiba di Bandar Jerantut. semua pemilik motor kapcai dah menunjukkan isyarat untuk mengisi minyak. Kebanyakkan motor sudah hampir kehabisan minyak. So kami semua sepakat untuk mengisi minyak di Shell bandar Jerantut.Isi jangan tak isi, nanti mati tengah jalan sape nak tarik. Lagipun kali ini tuang minyak masih disponsor lagi. Lepas ni guna duit sendiri.

Selepas mengisi minyak di shell kami semua bergerak mencari kedai untuk membasahi tekak dan juga untuk membetulkan urat-urat yang tegang setelah kurang lebih sejam berada di atas motor.Minum dan rehat sekejap di Arif Restauran di Bandar Jerantut.
Tepat jam 1.15 tengahari kami meneruskan perjalanan ke Tman Negara. Kali ini rombongan kami hanya tinggal 18 orang sahaja termasuk Kak Ina yang menjadi Guider kami. Kak Ina secara automatik dilantik sebagai Guider kerana beliau pernah bertugas sebagai pemandu pelancong di Taman Negara. Sekarang mengusahakan ternakan ikan keli dan talapia di Janda Baik. So sape-sape ahli konvoi yang nak order ikan keli boleh berurusan dengan Kak Ina. Kak Ina memandu kereta Viva WRE 3085, secara automatiknya juga keretanya menjadi tempat kami menyimpan beg. Haha...jangan marah ek nanti kita berkonvoi ke Cameron Highland pula. Perjalanan ke Taman Negara melalui Felda Padang Piol dan felda Sg Retang.Zubir yang menunggang motosikal yamaha LC sentiasa berada di hadapan sepanjang perjalanan ini. Abe Ajak dan jai yang menunggang Virago berada dibelakang sekali mengawasi jika ada kerosakan motosikal.
Setelah puas bermotosikal dengan aksi-aksi spontan untuk menghilangkan lenguh ( ada yang berdiri, melentur ke kiri kanan, menggoyangkan kaki, melunjurkan kaki) akhirnya kami tiba di Taman negara pada jam 2.30 petang. Semua peserta konvoi dah selamat sampai kecuali kepala konvoi dan marshal yang belum tiba.
Selepas meletakkan motosikal masing-masing di tempat yang sepatutnya kami semua cheak-in di Liana Hostel.Berapa bintang? Takde bintangnya namanya pun hostel haha....Hostel ni bayarannya rm 10/seorang, so kami diberi 5 bilik untuk 17 orang. satu bilik memuatkan 4 orang, masing-masing memilih bilik dan menyimpan barangan peribadi. Setelah 15 minit berehat, kelibat Abe Ajak dan Jai belum muncul lagi. Zul dah mula hairan.."mano Ajak ngan Jai ni tak sapa-sapa lagi?" Zul, Zaki dan Zaimi mengambil keputusan untuk keluar menjejaki kelewatan kepala konvoi, sepatutnya dah sampai bersama-sama. Setelah puas membuat andaian,samada Abe Ajak sesat atau eksiden, muncullah Abe Ajak dan Jai, rupa-rupanya kemalangan telah berlaku terhadap Jai, dia telah terbabas ke dalam longkang ketika mengambil satu selekoh. Nasib baik tiada kecederaan serius yang berlaku, semuanya selamat tuan motor juga motornya.Patut lah lambat rupa-rupanya marshal yang tergolek. Nampaknya setiap kali berkonvoi ada peserta yang yang mengalami kemalangan, trip yang pertama dulu Alakari tergolek semasa mendaki Bkt Fraser kali ini giliran Jai pula.
Berita tak berapa sedap didengar dari tuan punya Liana hostel,"maaflah air breakdownlah....lewat sikitlah air sampai, seluruh kampung tak ada air sekarang ni." Alamak takde air la pula aduh macam mana ni, rasa nak buang air sejak dari tadi terpaksa ditahan. Solat zohor pun belum lagi ni, akhirnya bagi menyelesaikan masalah air di hostel kami, kami terpaksa ke hostel sebelah untuk melepaskan hajat dan mengambil air sembahyang.Alhamdulillah....

Selesai solat dan makan kami semua bersedia untuk aktiviti pertama petang ini. Semua orang dah tak sabar lagi nak menyusuri Sg Pahang dengan menaiki bot. kak Ina bagitau kami akan bertolak tepat jam 5 petang, so apa lagi lets go....Tambang bot untuk menyusuri sungai sambil bermain jeram ini rm 18 seorang. Macam mahal tapi berbaloi bro dengan pengalaman dan keseronokkan yang diperolehi dari aktiviti ini.Bilangan kami seramai 18 orang menyebabkan kami terpaksa menyewa 2 buah bot.Jom kita layan beberapa keping gambar yang sempat diambil ketika menyusuri Sg pahang ini.


Sekarang ngkorang senyumlah puas-puas sebab yang akan tiba dulu ke destinasi adalah kita orang. Memang satu pengalaman yang menyeronokkan menaiki bot menyusuri sungai sambil melawan arus. Jurumudi bot memang berpengalaman penuh dalam mengemudi bot.













Bila menyusuri jeram atau berselisih dengan bot yang lain, maka percikkan air akan memasuki bot. Adik yang kat belakang tulah yang jadi tukang cedok air keluar dari bot. Sian dia tak habis-habis air yang dicedoknya



Aktiviti mandi manda di Sg Tahan. Ngkorang ni seronok mandi ke seronok tengok apa? Memang best mandi kat sini....Ajak sampai dah tak daya lagi nak bangun kerana kesejukkan.Lain kali kita datang lagi.......














Jom balik hari dah lewat petang, malam ni kita ada aktiviti night walk pula. Kita nak tengok binatang yang keluar cari makanan pada waktu malam.


Bersiap sedia untuk balik ke pengkalan. Pakai jaket keselamatan tu Syahir nanti kalau bot terbalik sape nak selamatkan ngko?







Abe Ajak dan zubir menolak bot ke dalam air untuk bergerak pulang setelah puas mandi manda dan bermain air.



Perjalanan balik semua orang atas bot diam jer mungkin penat mandi agaknya. juru mudi memberikan pesanan agar kami semua tidak bermain air ketika berada di kawasan jeram kerana dibimbangi bot tidak dapat dikawal kerana menyusuri arus yang kuat. Kami semua berdoa agar semuanya selamat.Salah sebuah pengkalan tempat perhentian bot untuk mengambil dan menurunkan penumpang ke Taman Negara. Ianya juga merupakan restauran untuk pelancong menikmati makanan dan juga merupakan kedai cenderahati.

Malam 08 mac 7.45pm.

Setelah selesai solat maghrib di dalam bilik masing-masing, kami semua bersiap untuk makan malam di Lia Restauran.
Makan malam kat sini barulah terasa sedap sikit jika nak dibandingkan dengan siang tadi. Siang tadi makan nasi goreng kampung letak kunyit jer. Biasalah tempat macam ni dorang buat ala kadar je.
Pukul 9.30pm selepas melihat sedikit sebanyak latar belakang Taman Negara melalui slid show yang dipamerkan kami semua bergerak untuk aktiviti Night Walk. Kak Ina menjadi juru pandu kami so tak payah bayar la untuk aktiviti ini. Terima kasih banyak-banyak kalu tidak paling kurang pun sepuluh ringgit sorang kena kuar ni.

Antara tempat-tempat yang boleh dilawati di Taman Negara. Kalau datang seminggu boleh la pergi ke semua tempat ni.














Sabar menanti kehadiran rusa yang keluar mencari makanan selepas hujan. Semua orang tidak sabar untuk melihat rusa,kalau bernasib baik Harimau pun keluar bro.

Inilah aktiviti terakhir untuk malam ni, semua peserta konvoi merasa gembira kerana bernasib baik dapat melihat dengan mata kepala sendiri sekumpulan rusa keluar untuk minum air. Weh besonya ruso.....Kalu kawe tembak agaknya kena tak? Tanya Zul. Bukan rusa tu yang kena Zul tapi demo tu yang kena, kena masuk jil!

Selesai aktiviti night walk kita orang semua ngeteh dulu di Liyana Restauran hilangkan dahaga. Tadi dah tengok binatang pas tu time nak balik tu sesat-sesat lagi. Woi sape yang jadi juru pandu ni? Nape leh sesat ngko layan Achik ke jadi jurupandu?
Habis ngeteh sambil melihat datuk Lee Chong Wei diperkotakkatikan Lin Dan dalam Final All England semua pakat balik ke bilik masing-masing. Semuanya leka dengan urusan peribadi masing-masing. Ada yang mandi, solat isyak, cuci pakaian , telefon bini dan lain-lain lagi. Terdapat sekumpulan ahli konvoi bersantai dianjung hostel sambil bercerita dan berteka teki. Ada setengahnya sudah hanyut dibuai mimpi indah mandi manda di Sg Tahan sambil bergambar kenangan. Geng cerita masih lagi berhikayat sambil diiringi ketawa yang memecahkan keheningan malam,...semakin lama gelak tawa semakin berkurangan dan seterusnya lenyap digantikan dengan dengkoran yang jelas kedengaran dari Bilik No1.Aduh tak boleh tido bro.........zzzzzzzzzz........zzzzzzzz.......zzzzz......

09 mac 6.15 am.

Ada yang dah bangun untuk menunaikan kewajipan kepada Allah SWT, ada yang masih lagi lena diulit intan. Air di pancuran terasa begitu sejuk, menggigil dibuatnya. Seoarng demi seoarang bangun menuju ke bilik mandi untuk mandi atau berwuduk. Hari ni kami akan bergerak keluar dari Kuala Tahan sekitar jam 10.00 am.Ada member mencadangkan supaya bersarapan sahaja di Bandar Jerantut tetapi memikirkan perjalanan yang agak jauh ramai yang bersetuju agar kami bersarapan dahulu sebelum berangkat pulang.Pagi di K.Tahan begitu mendamaikan, suasana yang diselebungi kabus dikelilingi hutan yang menghijau begitu mengasyikkan.Di jantung sungai ( tempat pertemuan Sg Tahan dan Sg Lembing ) keadaan semakin sibuk. Bot-bot penumpang mula bergerak ke destinasi dan membawa pelancong dan pengunjung yang sedia menanti untuk menikmati keindahan ciptaan Tuhan. Subhanallah..
Perahu-perahu panjang siap sedia untuk menaburkan bakti kepada pelancong dan pengunjung Taman Negara.Masing-masing khusyuk mengisi perut yang berdondang sayang sejak dari malam tadi lagi. Nasi lemak menjadi menu pilihan pada pagi ini, namun begitu sedikit keluhan kecewa diluahkan oleh Zul kerana rasa nasi lemak itu tidak selazat nasi lemak Kelantamnya.

9.30am semua bersedia untuk meninggalkan Liyana Hostel, barang dah dikemas, bayaran dah dibuat jadi apa lagi masing-masing memanaskan enjin motosikal. Kepala konvoi sudah tidak sabar lagi untuk pulang bertemu dengan isteri yang ditinggalkan sejak semalam sehinggakan tertinggal kain pelikat ( baru semalam takkan dah rindu kot?).
Tepat jam 10.00 am kami bergerak meninggalkan Kuala tahan dan taman Negara yang menyimpan 1001 rahsia alam. Selamat tinggal, insyaallah kami akan datang lagi.



* atas faktor keselamatan rumahtangga dan takut lesen konvoi ditarik balik maka gambar ini terpaksa di sensorkan secepat yang mungkin.
Ini kalau gewe tengok gambar ni berat kawe nak berjawab ni. Demo kena delete gambar ni ustaz!

Takpo Yo gambar biras pun ada jugak. Takkan biras takleh cover line kot....

Bergambar beramai-ramai sebelum berpisah di Tol Karak. selepas ini masing-masing bergerak menuju ke destinasi masing-masing. Yang dah berumah tangga akan pulang menemui isteri dan anak-anak, yang masih bujang akan pulang bersama kenangan dan pengalaman masing-masing.