CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Wednesday, May 6, 2009

KONVOI II ( BENTONG-CAMERON HIGHLAND)




Alhamdulillah ...setelah berbagai peristiwa yang berlaku ( bermula dengan ketidak tentuan gara-gara orang ramai tidak dibenarkan berkonvoi ke CH kerana Sultan berkenan berangkat ke sana mulai 1 hingga 4 hb, tempat penginapan yang masih tidak ketentuan dan penarikan diri saat-saat akhir kepala konvoi) akhirnya kami semua berangkat juga ke Cameron Highland pada pagi 1 Mei yang lepas. Kami mengambil peluang sempena dengan cuti Hari Pekerja untuk berkonvoi ke C.Highland. Kali ini rombongan konvoi seramai 30 orang bertambah sedikit berbanding konvoi ke Taman Negara bulan 3 yang lepas.Semua ahli yang berkonvoi ke Tmn Negara tempohari ikut serta kecuali Abe Ajak ( menguruskan kenduri anak sedara) , Shah kerana terlibat dengan majlis ikat mengikat dan juga Nazari yang menghadiri kenduri kahwin sepupu di Teluk Intan.
Ahli-ahli baru yang turut serta ialah Zizi serta wife and anak, Rozam and wife, Group dari SMK Sulaiman ( 5 orang ), Sudirman dari SMK Lurah Bilut, Alakari ,Aswad ( member Zubir dari Klang, tahniah gu sanggup datang dari Klang untuk join group kita orang). Kalau ada yang tertinggal lagi sori banyak-banyak kawe tak ingat.
Macam biasa tempat berkumpul adalah di Stesyen Petronas Bt 1, Jln Tras, janjinya semua peserta mesti berkumpul tepat jam 7.30 pagi kerana rombongan akan bergerak ke Felda Sg Koyan tepat jam 8.00 pagi. Tapi macam biasa le kalau dah ramai-ramai ni mesti ada yang lewat sampai punya. Puas tunggu Zubir masih belum menampakkan batang hidung. Zul dah mula merungut, Zaimie mula capai telefon untuk menelefon Zubir. Akhirnya Ketua konvoi memutuskan untuk bergerak dahulu dan akan menunggu Zubir di Lurah Bilut. Jommmm gerakkkk.......OPPPsss....baca doa dulu...Kali ni bacaan doa dikepalai oleh Ustaz Faizal dari Pusat Tahfiz Adnan Yaakob.Apapun tahniah kepada Kepala Konvoi yang tidak dapat ikut serta kali ini kerana sudi menghadirkan diri untuk melepaskan peserta konvoi. walaupun nampak sayu kerana tidak dapat bersama namun masih mampu melemparkan senyuman pahit. ( betul ke nak urus perkahwinan anak sedara? Tau tak dapat permit...)
Peserta konvoi mula bergerak selepas ditaklimatkan oleh Zul menuju ke Lurah Bilut. 3 orang rakan dikhabarkan menunggu di persimpangan Lurah Bilut.

Perjalanan Bermula.
Kami memulakan pergerakkan lebih kurang jam 9.00 pagi...Kami bersetuju untuk bersarapan pagi di Felda Sg Koyan. Para ahli konvoi pun bergerak dalam kumpulan yang panjang, 27 buah motosikal dan sebuah kereta yang terlibat dalam konvoi ini. Kami bergerak dalam keadaan berbaris menuju ke Raub. Pekan Raub menjadi saksi kepada pergerakkan kami pada pagi ini. Memasuki jalan kawasan Batu Talam peserta konvoi mula berpecah kepada beberapa kumpulan. Kumpulan hadapan diketuai oleh Zul, manakala kumpulan tengah dikepalai oleh Zaki dan paling belakang dikepalai oleh Zaimi. 10.30 kami tiba di Dataran Felda Sg Koyan disambut oleh Encik Nazri yang akan bersama kami ke CH. Kami semua tidak sabar lagi untuk mengisi perut yang sejak tadi mendendangkan lagu keroncong, maklumlah keluar rumah tadi belum sempat sarapan. Mana yang sempat menjamah roti dah dikira cukup bertuah sebagai alas perut, yang tidak sempat menjamah apa-apa terpaksa menahan kelaparan. Kedai makan pagi itu ditawan oleh peserta konvoi yang "segak" berbaju kuning yang ditempah khas sempena konvoi. Thanks banyak-banyak kepada Zul@ Abe Joe. Masing-masing tidak sabar lagi untuk menjamah makanan akibat kelaparan yang teramat sangat. bukan takat tuan motor je lapar, motor pun lapar juga ( makluman salah sebuah motor ahli konvoi kehabisan bahan bakar di tengah jalan) gagal gu....lain kali isi penuh minyak motor tu...Haha tak pasal-pasal dah kena kad kuning daripada Ketua Konvoi akibat kecuaian ketika mengisi minyak.
Selepas mengisi perut dengan nasi goreng, roti canai, nasi lemak dan sebagainya, kami bergerak untuk mengisi pula tangki motor kami yang hampir kosong. Stesyen Petronas (F) Sg Koyan kami serbu ramai-ramai. Tuang minyak tu sampai penuh, tak payah bayar bendahari yang akan bayarkan.

Sg Koyan - Betau- Ringglet.

Apabila tangki minyak masing-masing telah penuh( botol-botol juga) kami pun mula bergerak ke CH menggunakan jalan Betau. Imformasi di papan tanda menunjukkan jalan ini berturap lebih kurang 61 km dan lebih kurang 15 km lagi jalan yang masih belum siap, tanah merah dan berbatu. Orang tempat Alakari cakap...... jalan tidak aspal bah!!Kami bergerak dalam deretan yang panjang dengan diketuai oleh Encik Nazri ( Mad Yie). Perjalanan memang mengasyikkan dengan bertemankan kehijauan flora di kira-kanan jalan. Kenderaan tidak banyak yang melalui jalan ini,mungkin disebabkan jalan ini masih belum siap sepenuhnya. Sesekali rombongan kami berselisihan dengan kenderaan yang datang dari arah C.Highland. Di pertengahan perjalanan kami berhenti rehat di atas jambatan yang agak panjang. Kesempatan diambil untuk menghilangkan lenguh, mengisi minyak ke dalam tangki, menyedut kratek dan yang pastinya bergambar kenangan.Setelah hilang rasa lenguh kami meneruskan perjalanan yang panjang ini.20 minit kemudian kami samapai ke jalan tanah merah, pergerakan motor agak perlahan kerana jalan yang tidak rata dan berbatu. Syukur kerana tiada hujan semalam kalau tidak nescaya rombongan kami akan menghadapi kesukaran untuk melalui jalan ini. Setiap kali berselisihan pasti debu tanah akan berterbangan menutup pandangan kami. Rakan-rakan yang berada di barisan hadapan telah jauh ke depan. Yang tinggal di barisan belakang waktu ini Derih, Zaimi dan Ise...

Dugaan.

Sewaktu mendaki bukit yang berdebu dan berbatu tiba-tiba motosikal SS Derih kehilangan kuasa. Rakan-rakan yang lain tidak kelihatan lagi, Derih memberhentikan motosikal sambil membelek-belek wayar spark. Kunci dihidupkan dan kaki mula menendang stater motor. Brurrr....brurrr....brurrr...motor tidak mahu hidup. Derih mula menggelengkan kepala, agaknya panas sangat enjin motor tu. Ise pandang Zaimi, Zaimi pandang Ise...tiba-tiba...."kita tunda jelah.."terpancul dari mulut Zaimi. Memang berat sungguh dugaan dari Allah tengahari itu. Sudah lah jalan berdebu dan berbatu berbukit pula. Zaimi menunda motor Derih sambil diiringi oleh Ise. Rakan-rakan yang lain jauh ke depan tanpa menoleh ke belakang.Semangat setia kawan, semangat berkonvoi lenyap seketika ditelan debu jalan waktu itu.Setelah puas menunda akhirnya kami tiba di sebuah bengkel motorsikal di sebelah kiri jalan. Perasaan lega terpancar di wajah Zaimi dan Derih yang jelas kepenatan. Zul serta rakan yang lain berada di Stesyen Shell Ringglet yang tidak berapa jauh dari sini. Motor diberi rawatan oleh mekanik, dan kembali meraum...brommmm...brommmm...brommmmmmmmmm...rupa-rupanya ekzosnya tersumpat patut la tidak mahu hidup. Tak leh nyawa la Derih motor mu.

CBC TawanCameron Highland.

Peserta konvoi tiba di tempat penginapan (Desa Arthurium) tepat jam 1.30 tengahari, diikuti oleh Derih, Zaimi dan Ise setengah jam kemudian. Kami semua berehat untuk menghilangkan penat setelah menempuh perjalanan yang agak mencabar lebih kurang 15 km terakhir tadi. Apartment 3 bilik yang disewa dengan harga RM 500 seperti tidak mampu untuk menampung kehadiran ahli konvoi seramai 30 orang. Apa boleh buat tempat lain semuanya full so terpaksalah semuanya tidur di sini malam ini.
Destinasi pertama kami pada petang ini ialah Pekan Brinchang untuk makan tengahari. Kami bergerak ke Brinchang dengan menempuh kesesakan yang teramat sangat.Deretan kereta kelihatan berbaris mendaki bukit menuju ke Brinchang dari Tanah Rata. Rombongan kami terpaksa menggunakan laluan sebelah kiri untuk melepasi deretan kenderaan tersebut. Kami semua mengisi perut di medan selera yang bersebelahan dengan Shell. Macam biasa ambil jer nak makan apa nanti bendahari settlekan dengan tuan punya warung.Makan gu...makan sampai kenyang....
Selepas mengisi minyak motor kami bergerak ke Ladang BohTeh...Ahli konvoi menjadi raja di jalan sempit berbengkang-bengkok menuju ke Ladang Teh Boh.Tidak lengkap jika berkunjung ke CH tanpa melawat ladang teh yang terbentang luas menghijau.Cuaca yang dingin dan pemandangan pokok-pokok teh yang menghijau cukup menenangkan. Subhanallah....
30 minit kemudian ladang teh kami tinggalkan kerana hari beransur-ansur gelap. Awan hitam mula menyelubungi ruang angkasa CH yang semakin dingin. Petanda bahawa hujan mungkin akan turun.Kami singgah sebentar di pasar malam Brinchang untuk membeli makanan sebagai alas perut malam nanti. Hujan mulai turun, beberapa orang rakan sempat membeli baju sebagai buah tangan dan juga sebagai " lesen" untuk anak-anak dan juga isteri tersayang.( Baju Hijau.....Man Belon punyaaa..)Hujan mula turun, ada rakan-rakan yang telah sampai ke tempat penginapan, ada yang terperangkap dalam hujan. Hujan begitu lebat mencurah membasahi bumi C.Highland.
Malam ...semua ahli konvoi keletihan..selepas menunaikan solat maghrib dan isyak secara Jamak Takdim ada yang mula mencari tempat untuk melelapkan mata. Ruang tamu dipenuhi, bilik juga dipenuhi.Ahli konvoi tidak terlalu memikirkan keselesaan untuk melelapkan mata, asalkan boleh letak kepala dan lunjurkan kaki sudah dikira okey. Malam semakin larut, suhu semakin dingin,kesejukan mula terasa..Di dalam bilik masih ada lagi rakan-rakan yang belum tidur. Di ruang tamu dengkuran mula kedengaran.ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzz...bersama dinginnya suhu di bumi C.Highland.Sejukkkkk....

2nd Day

Pagi seawal jam lima pagi ahli konvoi dah mula bangun, mandi dan bersiap sedia untuk solat. Apartment yang hanya mempunyai 2 bilik air itu mula hidup. Terpaksa bergilir-gilir untuk mandi, melepaskan hajat dan berwuduk. Pabila semua sudah selesai kami bersiap sedia untuk menyerbu kedai-kedai sayur. Sayur sebagai ole-ole perlu dibeli. Turun jer ke bawah masalah mula menimpa, motor Alakari pancit. Sambil menanti rakan-rakan yang lain memanaskan enjin motor masing-masing Alakari mengisi angin motornya buat sementara waktu sebelum ke bengkel untuk menggantikan tayar baru.
Kami berarak keluar meninggalkan Desa Arthurium menuju ke Brinchang. Kami singgah di gerai yang menjual cenderahati dan strawberi segar. Apek C.Highland senyum lebar pagi ni...pagi-pagi lagi lejeki sudah masuk maa....Akak gerai cenderahati juga senyum...macam-macam ahli konvoi anggkut dari gerai beliau. Uncle and untie jual sayur pun senyum seindah suria...deii sini beli la, 18 barang 10 ringgit,sana atas 3 barang 10 ringgit, sana barang 6 sapuluh ringgit. Masing-masinglah pening kepala memilih sayur untuk mencukupkan 18 jenis. Senyum tokey-tokey warung.....

Selamat Tinggal CH


Kami mula bergerak turun dari CH lebih kurang jam 10.30 pagi dari Tanah Rata. kali ini pergerakkan terbahagi kepada dua kumpulan. Zaimi, Zaki, Alakari, Derih, Ise, Keyo, Jai dan Caon mendahului rakan-rakan yang lain untuk mencari bengkel bagi menggantikan tayar motor Alakari yang semakin kempis. Rakan-rakan yang lain berhenti membasahkan tekak di Tanah Rata. Di Ringlet kami memasuki sebuah bengkel motor dan pagi ini Rm 68 terbang dari poket Alakari.15 minit kemudian kami berkumpul semula dan mula bergerak menuruni Cameron Highland menuju ke Tapah. Kami akan balik ikut highway Tapah- Tanjung Malim. Laluan yang berbengkak bengkok dengan selekoh-selekoh tajam benar-benar menguji kemahiran kami menunggang motosikal. Bagi yang memang mempunyai ciri-ciri mat rempit dalam diri masing-masing laluan ini bagaikan litar lumba bagi mereka. Syukur kerana dalam kehandalan masing-masing mengambil lap tidak ada yang tergolek. Perjalanan berhenti seketika kerana Ketua Konvoi menyedari masih ada rakan yang tertinggal di belakang. Ketika ini Syahir, Aswad, Farid,Faizal,Payid tertinggal di belakang( Kumpulan ini dikenanakan kad kuning dan merah oleh ketua konvoi).Lama menunggu kelibat mereka belum kelihatan, Zul membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan dan menunggu di Bandar Tapah sambil mengisi minyak motor yang hampir kering.

Tapah-Tanjung Malim ( Highway)


Kami mengisi minyak di Shell di Bandar Tapah, rakan yang tertinggal sudah muncul ada sedikit masalah yang menyebabkan mereka tertinggal. Perjalanan diteruskan menggunakan laluan highway menuju ke Tanjung Malim. Kami bergerak dalam barisan yang panjang menggunakan lorong kecemasan. 20 km menuju susur keluar Tanjung Malim hujan mula rintik-rintik, kelihatan Zizi memecut motosikal LC barunya mengiringi kereta yang dipandu isterinya. Tiba-tiba Zizi kelihatan menghulurkan sesuatu kepada isterinya.Sebaik saja isteri Zizi mencapai pouch bag tersebut kelihat sesuatu jatuh keatas jalan dan serentak dengan itu berterbanganlah kepingan-kepingan kertas berwarna merah, hijau, kelabu dan biru di atas jalan raya. dompet Zizi tercicir di atas lebuhraya!!! Zizi yang berbangga dengan aksi lagak ngerinya tadi tidak menyedari perkara tersebut terus memecut motor LCnya. Maklumlah motor baru, beli semata-mata untuk berkonvoi.Zaki dan Ise yang kebetulan berada di belakang Zizi segera memberhentikan motosikal untuk menyelamatkan barang-barang penting yang berada dalam dompet Zizi. Semakin ramai ahli konvoi yang tiba ditempat kejadian, Jailani, Zul,Derih, Kari, Rozam and Wife, Sudirman semuanya memberanikan diri ,menggadai nyawa untuk memungut duit yang berterbangan ditiup angin kenderaan yang bergerak melebihi had laju 120 km/sejam. Rozam berjaya menyelamatkan dompet dan beberapa keping kad berharga, Ise dapat mengumpul kembali RM 110 bersama sepucuk" surat cinta", rakan-rakan yang lain juga dapat mengumpul beberapa Rm lagi. Demo jangan buat lagi aksi macam ni ZIZI, gadai nyawa puak kawe. Semangat berkonvoi muncul kembali di saat ini.
Kami semua membelok ke sebelah kiri menuju susur keluar ke Proton City, cadangan awal untuk menikmati makan tengahari di gerai ikan bakar berhampiran masjid Tanjung Malim. Semua ahli telah membelok ke arah kedai tersebut, namun Zaki, Zizi and Wife serta Aswad telah terbabas ke arah pusat bandar.
Lepas makan kami bergerak ke Kolej Kediaman UPSI untuk mengahantar wife Rozam ke situ. Hebat ko bro, member konvoi iring ko hantar wife balik kolej.Meriah. Rozam nampak relex jer sewaktu menghantar wife dia. Dalam hati hanya Tuhan yang tahu lagu mana peritnya rasa berpisah dengan wife ni. Orang bujang macam Keyo, Syahir, Afiq memang tak rasa apa pun. Rozam tu udah le malam tadi kena tidur kat luar bilik kerana akur dengan perintah kepala konvoi.Haha...

Perjalanan diteruskan menuju ke Batang Kali, dan seterusnya mendaki ke Genting Highland untuk kembali ke Bentong bagi melengkapi perjalanan 2 hari 1 malam kami ke Cameron Highland. Deretan motosikal kelihatan meluncur gagah membelah Kuala Kubu Road. Kelompok penunggang berpecah ke beberapa kumpulan kecil bagi memudahkan perjalanan. Jalan licin akibat hujan menyukarkan sedikit pendakian ke Gohtong Jaya. Sampai di roundabout Gohtong Jaya tiba-tiba Ise melambai-lambaikan tangan tanda berhenti. Semua ahli konvoi tertanya-tanya...rupa-rupanya motor Ise pancit pula. Kami semua berhenti disiring jalan untuk menggantikan tiub motosikal Ise. Terima kasih kepada Caon yang bertungkus lumus menggantikan tiub motosikal Ise. Ada rakan yang telah terlepas ke Genting Sempah, dan menunggu di sana. Selesai kerja menukar tiub, kami bergerak turun ke Genting Sempah. Kami semua akan berkumpul dihentian terakhir sebelum berpisah menuju ke destinasi masing(pulang ke rumah)Kami berhenti di Petronas LPT arah Timur,di si ni semua ahli bersalaman sambil berjanji akan jumpa semula di konvoi yang akan datang. Zizi telah lama sampai menunggu rakan-rakan yang lain memungguh barang-barang dari keretanya. Thanks Zizi...kalau mu tak bawa kereta tak tahu la mana nak isi semua barang ni.Selepas itu semua ahli konvoi bergerak pulang ke rumah masing-masing. Kepada yang dah berkahwin dan beranak pinak, sudah tidak sabar lagi untuk menunjukkan ole-ole yang di bawa dari CH. yang masih bujang membawa ole-ole untuk mak dan ayah dan mungkin juga orang tersayang. Keyo tu nampak macam beli sesuatu yang istimewa jer, demo nak bagi sapo Yo?

Iktibar

Ada beberapa perkara yang kurang memenuhi etika berkonvoi berlaku secara tidak sengaja atau disengajakan sepanjang perjalanan ini.




  • memecut dan memotong


  • melakukan aksi lagak ngeri


  • tidak memakai topi keledar semasa menunggang


  • tidak mengikut arahan ketua konvoi


  • disiplin lemah
Haha....bro semua jangan marah ini sekadar ingatan untuk keselamatan kita semua. Ini bukan konvoi terakhir kita, selepas ini kita akan merancang konvoi ke destinasi yang lain pula. Kepada yang telah dianugerahkan kad kuning dan kad merah oleh kepala konvoi,fikir-fikirkanlah.Apapun syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt kerana menyelamatkan perjalanan kita semua. Jumpa lagi dikonvoi yang akan datang.........adios!