CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, March 13, 2009

BENTONG-TMN NEGARA( KUALA TAHAN )

Selepas konvoi yang pertama Bentong ke Bkt Fraser( lihat disini) berjaya dijalankan, maka kami semua sepakat untuk berkonvoi pula ke Taman Negara, Kuala Tahan. Setelah berbincang maka keputusan pun diambil untuk berkonvoi sempena dengan cuti Maulidur Rasul. Bila diajukan kepada kepala konvoi (Abe Ajak) beliau terus bersetuju dengan tarikh tersebut. Maka persediaan pun dilakukan, Abe Ajak ditugaskan untuk mencari sebanyak mungkin sponsor untuk membiayai perjalanan ini.Zul ditugaskan untuk mengumpulkan seramai mungkin peserta untuk berkonvoi. Hisae pula diberi tugas untuk memujuk kalangan guru-guru SKS supaya ikut serta berkonvoi.
Perancangan berjalan lancar, dalam pertemuan pertama b4 berkonvoi, kami dimaklumkan tidak kurang dari 20 orang telah bersetuju untuk ikut serta dalam trip kali ini. Trip kali ini akan turut disertai oleh lecturer dari IPTAA...sah la diorang ni motor besar!!! Abe ajak masih bertungkus lumus untuk mencari sponsor, Zul macam biasa tak sabar-sabar nak berkonvoi punyalah semangat boh!
Dua hari sebelum bergerak kami mengadakan satu lagi perjumpaan, kali ini di TMK Restauran. Malam ini hampir kesemua peserta konvoi menghadirkan diri. Zul memberitahu bilangan peserta konvoi ada 25 orang. Fuh dah okey dah tu jika nak dibandingkan dengan yang pertama dulu, 9 orang jer....

Pagi 08 Mac 2009.

Semua peserta konvoi berkumpul ditempat yang dijanjikan iaitu Stesen Petronas Batu 1. Kami dimaklumkan akan bergerak ke destinasi yang pertama iaitu IPTAA K.Lipis tepat jam 7.30 pagi. Tapi macam biasa lah janji tinggal janji 7.30 pagi ada lagi kawan-kawan yang belum sampai. Zubir antara orang yang terawal sampai bersama Syahir. Akhirnya kami bergerak tepat jam 8.10 minit pagi, selepas mengaminkan bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Nazari. Semoga perjalanan ini selamat....

09.00 am waktu malaysia, kami tiba di Stesen Petronas Benta setelah menempuh perjalanan yang memakan masa lebih kurang lima puluh minit. Temujanji dengan peserta konvoi dari IPTAA di sini.

Peserta konvoi mengisi minyak motor masing-masing, ada yang melepaskan hajat yang lama terpendam, ada yang membelek-belek tayar motosikal masing-masing.

Rehat sambil menunggu group dari IPTAA. " mana Boh Koyan ni tak samapai-sampai lagi, kawe lapo dah ni!!" kata Keyo yang dah tidak dapat menahan lapar. Maklumlah keluar rumah tadi mana sempat jamah apa-apa, orang bujang katakan...

10.30 am......IPTAA kami datang untuk mengisi perut yang lapar....mana makan apa-apa lagi dari pagi tadi.Deretan motosikal peserta konvoi di parking di hadapan cafe IPTAA. Terima kasih banyak-banyak kepada En. Nazri dan rakan-rakan yang sudi sponsor sarapan pagi kami. Terima kasih daun keladi, lain kali sponsor lagi...Jom jamu selera bro, lapar gila ni....Meja VIP...Abe Ajak sedang mengeluarkan ayat-ayat powernya...En.Din pun terpukau dengan ayat power Abe Ajak..


En. Nazri sedang menceritakan perihal motornya yang rosak dan tersadai di depan pintu masuk IPTAA." Nate sungguh...hari ni puloknya rosak...."

Dah habis makan, kita orang pun bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan. Oleh kerana ada komitmen lain group dari IPTAA hanya akan berkonvoi hingga ke Jerantut sahaja. Sebelum tu bergambar dulu dengan motor-motor besar.

Fuh masing-masing bergaya di atas motor besar. Dalam hati masing-masing berkata "Kalau la motor ni motor aku sure ramai makwe yang nak bonceng kat belakang ni."








11.00 pagi rombongan konvoi seramai 25 orang bergerak menuju ke Kuala Tahan. Pergerakkan motosikal didahului diketuai oleh En. Nazri dan En. Din, lecturer dari IPTAA.

12.30 tengahari kami tiba di Bandar Jerantut. semua pemilik motor kapcai dah menunjukkan isyarat untuk mengisi minyak. Kebanyakkan motor sudah hampir kehabisan minyak. So kami semua sepakat untuk mengisi minyak di Shell bandar Jerantut.Isi jangan tak isi, nanti mati tengah jalan sape nak tarik. Lagipun kali ini tuang minyak masih disponsor lagi. Lepas ni guna duit sendiri.

Selepas mengisi minyak di shell kami semua bergerak mencari kedai untuk membasahi tekak dan juga untuk membetulkan urat-urat yang tegang setelah kurang lebih sejam berada di atas motor.Minum dan rehat sekejap di Arif Restauran di Bandar Jerantut.
Tepat jam 1.15 tengahari kami meneruskan perjalanan ke Tman Negara. Kali ini rombongan kami hanya tinggal 18 orang sahaja termasuk Kak Ina yang menjadi Guider kami. Kak Ina secara automatik dilantik sebagai Guider kerana beliau pernah bertugas sebagai pemandu pelancong di Taman Negara. Sekarang mengusahakan ternakan ikan keli dan talapia di Janda Baik. So sape-sape ahli konvoi yang nak order ikan keli boleh berurusan dengan Kak Ina. Kak Ina memandu kereta Viva WRE 3085, secara automatiknya juga keretanya menjadi tempat kami menyimpan beg. Haha...jangan marah ek nanti kita berkonvoi ke Cameron Highland pula. Perjalanan ke Taman Negara melalui Felda Padang Piol dan felda Sg Retang.Zubir yang menunggang motosikal yamaha LC sentiasa berada di hadapan sepanjang perjalanan ini. Abe Ajak dan jai yang menunggang Virago berada dibelakang sekali mengawasi jika ada kerosakan motosikal.
Setelah puas bermotosikal dengan aksi-aksi spontan untuk menghilangkan lenguh ( ada yang berdiri, melentur ke kiri kanan, menggoyangkan kaki, melunjurkan kaki) akhirnya kami tiba di Taman negara pada jam 2.30 petang. Semua peserta konvoi dah selamat sampai kecuali kepala konvoi dan marshal yang belum tiba.
Selepas meletakkan motosikal masing-masing di tempat yang sepatutnya kami semua cheak-in di Liana Hostel.Berapa bintang? Takde bintangnya namanya pun hostel haha....Hostel ni bayarannya rm 10/seorang, so kami diberi 5 bilik untuk 17 orang. satu bilik memuatkan 4 orang, masing-masing memilih bilik dan menyimpan barangan peribadi. Setelah 15 minit berehat, kelibat Abe Ajak dan Jai belum muncul lagi. Zul dah mula hairan.."mano Ajak ngan Jai ni tak sapa-sapa lagi?" Zul, Zaki dan Zaimi mengambil keputusan untuk keluar menjejaki kelewatan kepala konvoi, sepatutnya dah sampai bersama-sama. Setelah puas membuat andaian,samada Abe Ajak sesat atau eksiden, muncullah Abe Ajak dan Jai, rupa-rupanya kemalangan telah berlaku terhadap Jai, dia telah terbabas ke dalam longkang ketika mengambil satu selekoh. Nasib baik tiada kecederaan serius yang berlaku, semuanya selamat tuan motor juga motornya.Patut lah lambat rupa-rupanya marshal yang tergolek. Nampaknya setiap kali berkonvoi ada peserta yang yang mengalami kemalangan, trip yang pertama dulu Alakari tergolek semasa mendaki Bkt Fraser kali ini giliran Jai pula.
Berita tak berapa sedap didengar dari tuan punya Liana hostel,"maaflah air breakdownlah....lewat sikitlah air sampai, seluruh kampung tak ada air sekarang ni." Alamak takde air la pula aduh macam mana ni, rasa nak buang air sejak dari tadi terpaksa ditahan. Solat zohor pun belum lagi ni, akhirnya bagi menyelesaikan masalah air di hostel kami, kami terpaksa ke hostel sebelah untuk melepaskan hajat dan mengambil air sembahyang.Alhamdulillah....

Selesai solat dan makan kami semua bersedia untuk aktiviti pertama petang ini. Semua orang dah tak sabar lagi nak menyusuri Sg Pahang dengan menaiki bot. kak Ina bagitau kami akan bertolak tepat jam 5 petang, so apa lagi lets go....Tambang bot untuk menyusuri sungai sambil bermain jeram ini rm 18 seorang. Macam mahal tapi berbaloi bro dengan pengalaman dan keseronokkan yang diperolehi dari aktiviti ini.Bilangan kami seramai 18 orang menyebabkan kami terpaksa menyewa 2 buah bot.Jom kita layan beberapa keping gambar yang sempat diambil ketika menyusuri Sg pahang ini.


Sekarang ngkorang senyumlah puas-puas sebab yang akan tiba dulu ke destinasi adalah kita orang. Memang satu pengalaman yang menyeronokkan menaiki bot menyusuri sungai sambil melawan arus. Jurumudi bot memang berpengalaman penuh dalam mengemudi bot.













Bila menyusuri jeram atau berselisih dengan bot yang lain, maka percikkan air akan memasuki bot. Adik yang kat belakang tulah yang jadi tukang cedok air keluar dari bot. Sian dia tak habis-habis air yang dicedoknya



Aktiviti mandi manda di Sg Tahan. Ngkorang ni seronok mandi ke seronok tengok apa? Memang best mandi kat sini....Ajak sampai dah tak daya lagi nak bangun kerana kesejukkan.Lain kali kita datang lagi.......














Jom balik hari dah lewat petang, malam ni kita ada aktiviti night walk pula. Kita nak tengok binatang yang keluar cari makanan pada waktu malam.


Bersiap sedia untuk balik ke pengkalan. Pakai jaket keselamatan tu Syahir nanti kalau bot terbalik sape nak selamatkan ngko?







Abe Ajak dan zubir menolak bot ke dalam air untuk bergerak pulang setelah puas mandi manda dan bermain air.



Perjalanan balik semua orang atas bot diam jer mungkin penat mandi agaknya. juru mudi memberikan pesanan agar kami semua tidak bermain air ketika berada di kawasan jeram kerana dibimbangi bot tidak dapat dikawal kerana menyusuri arus yang kuat. Kami semua berdoa agar semuanya selamat.Salah sebuah pengkalan tempat perhentian bot untuk mengambil dan menurunkan penumpang ke Taman Negara. Ianya juga merupakan restauran untuk pelancong menikmati makanan dan juga merupakan kedai cenderahati.

Malam 08 mac 7.45pm.

Setelah selesai solat maghrib di dalam bilik masing-masing, kami semua bersiap untuk makan malam di Lia Restauran.
Makan malam kat sini barulah terasa sedap sikit jika nak dibandingkan dengan siang tadi. Siang tadi makan nasi goreng kampung letak kunyit jer. Biasalah tempat macam ni dorang buat ala kadar je.
Pukul 9.30pm selepas melihat sedikit sebanyak latar belakang Taman Negara melalui slid show yang dipamerkan kami semua bergerak untuk aktiviti Night Walk. Kak Ina menjadi juru pandu kami so tak payah bayar la untuk aktiviti ini. Terima kasih banyak-banyak kalu tidak paling kurang pun sepuluh ringgit sorang kena kuar ni.

Antara tempat-tempat yang boleh dilawati di Taman Negara. Kalau datang seminggu boleh la pergi ke semua tempat ni.














Sabar menanti kehadiran rusa yang keluar mencari makanan selepas hujan. Semua orang tidak sabar untuk melihat rusa,kalau bernasib baik Harimau pun keluar bro.

Inilah aktiviti terakhir untuk malam ni, semua peserta konvoi merasa gembira kerana bernasib baik dapat melihat dengan mata kepala sendiri sekumpulan rusa keluar untuk minum air. Weh besonya ruso.....Kalu kawe tembak agaknya kena tak? Tanya Zul. Bukan rusa tu yang kena Zul tapi demo tu yang kena, kena masuk jil!

Selesai aktiviti night walk kita orang semua ngeteh dulu di Liyana Restauran hilangkan dahaga. Tadi dah tengok binatang pas tu time nak balik tu sesat-sesat lagi. Woi sape yang jadi juru pandu ni? Nape leh sesat ngko layan Achik ke jadi jurupandu?
Habis ngeteh sambil melihat datuk Lee Chong Wei diperkotakkatikan Lin Dan dalam Final All England semua pakat balik ke bilik masing-masing. Semuanya leka dengan urusan peribadi masing-masing. Ada yang mandi, solat isyak, cuci pakaian , telefon bini dan lain-lain lagi. Terdapat sekumpulan ahli konvoi bersantai dianjung hostel sambil bercerita dan berteka teki. Ada setengahnya sudah hanyut dibuai mimpi indah mandi manda di Sg Tahan sambil bergambar kenangan. Geng cerita masih lagi berhikayat sambil diiringi ketawa yang memecahkan keheningan malam,...semakin lama gelak tawa semakin berkurangan dan seterusnya lenyap digantikan dengan dengkoran yang jelas kedengaran dari Bilik No1.Aduh tak boleh tido bro.........zzzzzzzzzz........zzzzzzzz.......zzzzz......

09 mac 6.15 am.

Ada yang dah bangun untuk menunaikan kewajipan kepada Allah SWT, ada yang masih lagi lena diulit intan. Air di pancuran terasa begitu sejuk, menggigil dibuatnya. Seoarng demi seoarang bangun menuju ke bilik mandi untuk mandi atau berwuduk. Hari ni kami akan bergerak keluar dari Kuala Tahan sekitar jam 10.00 am.Ada member mencadangkan supaya bersarapan sahaja di Bandar Jerantut tetapi memikirkan perjalanan yang agak jauh ramai yang bersetuju agar kami bersarapan dahulu sebelum berangkat pulang.Pagi di K.Tahan begitu mendamaikan, suasana yang diselebungi kabus dikelilingi hutan yang menghijau begitu mengasyikkan.Di jantung sungai ( tempat pertemuan Sg Tahan dan Sg Lembing ) keadaan semakin sibuk. Bot-bot penumpang mula bergerak ke destinasi dan membawa pelancong dan pengunjung yang sedia menanti untuk menikmati keindahan ciptaan Tuhan. Subhanallah..
Perahu-perahu panjang siap sedia untuk menaburkan bakti kepada pelancong dan pengunjung Taman Negara.Masing-masing khusyuk mengisi perut yang berdondang sayang sejak dari malam tadi lagi. Nasi lemak menjadi menu pilihan pada pagi ini, namun begitu sedikit keluhan kecewa diluahkan oleh Zul kerana rasa nasi lemak itu tidak selazat nasi lemak Kelantamnya.

9.30am semua bersedia untuk meninggalkan Liyana Hostel, barang dah dikemas, bayaran dah dibuat jadi apa lagi masing-masing memanaskan enjin motosikal. Kepala konvoi sudah tidak sabar lagi untuk pulang bertemu dengan isteri yang ditinggalkan sejak semalam sehinggakan tertinggal kain pelikat ( baru semalam takkan dah rindu kot?).
Tepat jam 10.00 am kami bergerak meninggalkan Kuala tahan dan taman Negara yang menyimpan 1001 rahsia alam. Selamat tinggal, insyaallah kami akan datang lagi.



* atas faktor keselamatan rumahtangga dan takut lesen konvoi ditarik balik maka gambar ini terpaksa di sensorkan secepat yang mungkin.
Ini kalau gewe tengok gambar ni berat kawe nak berjawab ni. Demo kena delete gambar ni ustaz!

Takpo Yo gambar biras pun ada jugak. Takkan biras takleh cover line kot....

Bergambar beramai-ramai sebelum berpisah di Tol Karak. selepas ini masing-masing bergerak menuju ke destinasi masing-masing. Yang dah berumah tangga akan pulang menemui isteri dan anak-anak, yang masih bujang akan pulang bersama kenangan dan pengalaman masing-masing.

Selamat Datang.


Blog ini dihasilkan untuk memaparkan aktiviti berkonvoi geng motor berkuasa rendah. Ahli konvoi terdiri daripada guru-guru Daerah Bentong.